{"id":7746,"date":"2026-02-19T05:40:04","date_gmt":"2026-02-19T05:40:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7746"},"modified":"2026-02-19T05:40:04","modified_gmt":"2026-02-19T05:40:04","slug":"tegur-boleh-tapi-jangan-hukum-tanpa-siasatan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tegur-boleh-tapi-jangan-hukum-tanpa-siasatan-pmx\/","title":{"rendered":"Tegur boleh, tapi jangan hukum tanpa siasatan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan penjawat awam daripada kecaman melulu, sambil menegaskan setiap aduan terhadap mana-mana pegawai atau agensi kerajaan mesti berasaskan undang-undang dan melalui proses siasatan yang teliti.<\/p>\n<p>Anwar berkata kelemahan boleh ditegur dan diperbaiki, namun tidak wajar memberi gambaran seolah-olah keseluruhan perkhidmatan awam itu bermasalah.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak fikir saudara-saudara yang bekerja ini, berhempas pulas bertahun-tahun dalam semua agensi, kalau ada kelemahan melampau, munasabah kita tegur.<\/p>\n<p>\u201cSalahnya kita perbaiki tapi jangan kita beri gambaran seolah-olah semuanya buruk,\u201d katanya semasa berucap pada perhimpunan bersama warga Kementerian Dalam Negeri sempena program Ihya\u2019 Ramadan di Putrajaya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebarang kes yang mempunyai asas kukuh perlu dibawa ke mahkamah dan diproses mengikut lunas undang-undang, termasuk melalui siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan menghukum sebelum siasatan lengkap bukan jalan yang dipilih kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cBelum siasat mesti hukum dulu, saya tidak pilih jalur itu. Jangan kita gopoh kerana kebetulan orang itu kita tidak senangi atau bukan daripada kelompok kita,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Isu ini timbul susulan laporan Bloomberg yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.<\/p>\n<p>Azam dalam sidang medianya sebelum ini menegaskan pegangan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi prosedur.<\/p>\n<p>Justeru, Anwar menegaskan keperluan untuk bertindak secara adil dan tidak dipengaruhi sentimen politik.<\/p>\n<p>Jumaat lalu, beliau menyatakan tiada keperluan segera untuk merehatkan Azam, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa khas yang dipengerusikan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu.<\/p>\n<p>\u201cKalau kesalahannya besar, ikut proses undang-undang dan kalau ada aduan yang berat, bawa kepada prosesnya,\u201d katanya sambil mengingatkan bahawa bulan Ramadan menuntut semua pihak bersikap adil dan berhemah dalam membuat penilaian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim tampil mempertahankan penjawat awam daripada kecaman melulu, sambil menegaskan setiap aduan terhadap mana-mana pegawai atau agensi kerajaan mesti berasaskan undang-undang dan melalui proses siasatan yang teliti. Anwar berkata kelemahan boleh ditegur dan diperbaiki, namun tidak wajar memberi gambaran seolah-olah keseluruhan perkhidmatan awam itu bermasalah. \u201cSaya tidak fikir saudara-saudara yang bekerja ini, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,285,1040,18,24,21,402],"authors":[],"class_list":["post-7746","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-madani","tag-penjawat-awam","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sprm","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7746","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7746"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7746\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7747,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7746\/revisions\/7747"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7746"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7746"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7746"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7746"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}