{"id":7760,"date":"2026-02-19T06:23:43","date_gmt":"2026-02-19T06:23:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7760"},"modified":"2026-02-19T06:23:43","modified_gmt":"2026-02-19T06:23:43","slug":"masyarakat-cina-mula-kecewa-dengan-dap-pandai-janji-manis-saja-choo-seong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/masyarakat-cina-mula-kecewa-dengan-dap-pandai-janji-manis-saja-choo-seong\/","title":{"rendered":"Masyarakat Cina mula kecewa dengan DAP, pandai janji manis saja: Choo Seong"},"content":{"rendered":"<p>Sentimen masyarakat Cina terhadap MCA dilihat semakin berubah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), dengan tanda-tanda awal menunjukkan peningkatan penerimaan berbanding beberapa pilihan raya lalu.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong berkata, semakin ramai pengundi Cina meluahkan rasa kecewa terhadap pendekatan politik dan janji-janji yang dibawa oleh DAP sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cRamai yang beritahu mereka sudah penat dengan gimik politik dan janji manis. Mereka mula persoal sama ada suara mereka benar-benar dibela,\u201d katanya dalam program anjuran Sinar Harian.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui perubahan sentimen itu tidak bermakna sokongan akan kembali secara automatik kepada MCA.<\/p>\n<p>Menurutnya, parti itu perlu melakukan pembaharuan termasuk mengetengahkan lebih ramai pemimpin muda.<\/p>\n<p>\u201cMCA perlu tampilkan lebih banyak muka baharu yang faham aspirasi generasi hari ini. Pada masa sama, kepimpinan sedia ada mesti membimbing dan menyokong mereka. Itu kunci untuk kita bangkit semula,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>MCA yang diasaskan pada 1949 merupakan antara parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) dan pernah menjadi suara dominan masyarakat Cina dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Namun, landskap politik berubah selepas PRU-14 apabila DAP mencatatkan kemenangan besar di kebanyakan kerusi majoriti pengundi Cina.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP dalam PRU-16, Choo Seong menegaskan pendirian MCA kekal konsisten seperti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti Disember lalu.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah jelaskan, jika perlu, MCA bersedia berdiri sendiri dan bertanding secara solo. Akar umbi mahu kita ada maruah dan prinsip,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan MCA tidak melihat ruang untuk bekerjasama dengan DAP kerana mendakwa parti itu gagal mewakili kepentingan rakyat secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cKita perlukan semak dan imbang. Politik bukan tentang cuba puaskan semua pihak sampai hilang arah. Kalau terlalu terdesak, akhirnya kedua-dua sisi terlepas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, MCA perlu kekal fokus dan matang dalam percaturan politik serta membuktikan keupayaan melalui sokongan rakyat dan kemenangan kerusi pada PRU akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sentimen masyarakat Cina terhadap MCA dilihat semakin berubah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), dengan tanda-tanda awal menunjukkan peningkatan penerimaan berbanding beberapa pilihan raya lalu. Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong berkata, semakin ramai pengundi Cina meluahkan rasa kecewa terhadap pendekatan politik dan janji-janji yang dibawa oleh DAP sebelum ini. \u201cRamai yang beritahu mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1434,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"authors":[3069,3244,3246,3247,3243,3245],"class_list":["post-7760","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","authors-bn","authors-dap","authors-janji","authors-manis","authors-mca","authors-neow-choo-seong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7760","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7760"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7760\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7761,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7760\/revisions\/7761"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1434"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7760"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7760"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7760"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7760"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}