{"id":7768,"date":"2026-02-19T17:37:31","date_gmt":"2026-02-19T17:37:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7768"},"modified":"2026-02-19T17:37:31","modified_gmt":"2026-02-19T17:37:31","slug":"mas-ermieyati-letak-jawatan-ketua-bersatu-masjid-tanah-tapi-masih-kekal-ahli-lagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mas-ermieyati-letak-jawatan-ketua-bersatu-masjid-tanah-tapi-masih-kekal-ahli-lagi\/","title":{"rendered":"Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, tapi masih kekal ahli lagi"},"content":{"rendered":"<p>Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bersatu Masjid Tanah, sekali gus menyaksikan keseluruhan jawatankuasa bahagian itu dibubarkan secara rasmi.<\/p>\n<p>Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri ahli jawatankuasa bahagian, ketua sayap dan ketua cawangan.<\/p>\n<p>Bekas setiausaha Bersatu Masjid Tanah, Shahrul Azhar Amir, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara.<\/p>\n<p>\u201cSesi mesyuarat khas ini merakamkan secara sebulat suara pendirian Bersatu Masjid Tanah. Tindakan ini dilakukan kerana kehilangan kepercayaan kami kepada Muhyiddin Yassin sebagai presiden,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>\u201cDengan peletakan jawatan ini, Jawatankuasa Bersatu Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Menurut laporan media, Mas Ermieyati mengesahkan perkara tersebut namun tidak mengulas lanjut punca keputusan itu dibuat.<\/p>\n<p>Selain kepimpinan utama bahagian, seramai 11 ahli jawatankuasa, setiausaha sayap serta 10 ketua cawangan turut melepaskan jawatan masing-masing.<\/p>\n<p>Mas Ermieyati sebelum ini memegang jawatan Ketua Srikandi Bersatu dan tindakannya dilihat sebagai perkembangan terbaharu dalam kemelut dalaman yang sedang melanda parti berkenaan.<\/p>\n<p>Krisis dalam Bersatu memuncak selepas pemecatan Hamzah Zainudin sebagai timbalan presiden bersama 16 lagi pemimpin parti.<\/p>\n<p>Susulan itu, beberapa ketua bahagian di seluruh negara mengambil langkah sama dengan mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, sebelum ini menegaskan perlembagaan parti tidak memberi kuasa kepada mana-mana ketua bahagian atau ahli untuk membubarkan bahagian secara sendiri.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu ini dijangka terus menguji kekuatan dan hala tuju Bersatu menjelang landskap politik yang semakin mencabar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bersatu Masjid Tanah, sekali gus menyaksikan keseluruhan jawatankuasa bahagian itu dibubarkan secara rasmi. Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri ahli jawatankuasa bahagian, ketua sayap dan ketua cawangan. Bekas setiausaha Bersatu Masjid Tanah, Shahrul Azhar Amir, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara. \u201cSesi mesyuarat khas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6371,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1035,941,2808,3250,1590],"authors":[],"class_list":["post-7768","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-ketua-bahagian","tag-mas-ermieyati-samsudin","tag-masjid-tanah","tag-muhyiddin-yassin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7768","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7768"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7768\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7769,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7768\/revisions\/7769"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6371"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7768"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7768"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7768"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7768"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}