{"id":7776,"date":"2026-02-20T06:49:43","date_gmt":"2026-02-20T06:49:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7776"},"modified":"2026-02-20T06:49:43","modified_gmt":"2026-02-20T06:49:43","slug":"ruu-pisahkan-kuasa-ag-dan-pendakwa-raya-had-tempoh-pm-dibentang-pada-isnin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-pisahkan-kuasa-ag-dan-pendakwa-raya-had-tempoh-pm-dibentang-pada-isnin\/","title":{"rendered":"RUU pisahkan kuasa AG dan pendakwa raya, had tempoh PM dibentang pada Isnin"},"content":{"rendered":"<p>Dua rang undang-undang (RUU) penting yang menyentuh reformasi institusi negara akan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat Isnin ini, melibatkan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, bacaan kali kedua bagi RUU Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijadualkan pada 2 Mac, manakala RUU Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 3 Mac oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut beliau, cadangan pengasingan itu bertujuan memperkukuh kebebasan institusi dan memastikan sistem keadilan negara lebih telus serta bebas daripada sebarang konflik kepentingan.<\/p>\n<p>\u201cAntara perkara utama dicadangkan termasuk pelantikan Pendakwa Raya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, serta pemberian kuasa pendakwaan yang jelas,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Isu pemisahan peranan ini sudah lama dibahaskan dalam kalangan pengamal undang-undang dan masyarakat sivil yang berpandangan bahawa fungsi penasihat undang-undang kerajaan dan kuasa pendakwaan wajar dipisahkan bagi mengelakkan pertindihan kuasa.<\/p>\n<p>Dalam cadangan terbaharu itu, kedudukan Pendakwa Raya akan setara dengan Peguam Negara dari segi hierarki dan perkhidmatan.<\/p>\n<p>Calon juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman litigasi dengan tempoh lantikan selama tujuh tahun.<\/p>\n<p>Sementara itu, RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri mencadangkan maksimum 10 tahun atau dua penggal, dikira secara terkumpul sama ada berturut-turut atau tidak.<\/p>\n<p>Azalina menjelaskan, apabila tempoh agregat itu tamat, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri turut terhenti daripada memegang jawatan.<\/p>\n<p>\u201cDalam tempoh peralihan sehingga Perdana Menteri baharu dilantik, tugas yang dijalankan hanya melibatkan pentadbiran harian kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan kedua-dua RUU itu telah dipersetujui Jemaah Menteri dan berharap mendapat sokongan rentas parti demi memperkukuh sistem perundangan serta amalan demokrasi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua rang undang-undang (RUU) penting yang menyentuh reformasi institusi negara akan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat Isnin ini, melibatkan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta had tempoh jawatan Perdana Menteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, bacaan kali kedua bagi RUU Pengasingan Peranan Peguam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1622,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1456,947,3253,309,342,1648,310],"authors":[],"class_list":["post-7776","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azalina-othman-said","tag-dewan-rakyat","tag-had-tempoh-pm","tag-parlimen","tag-peguam-negara","tag-pendakwa-raya","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7776","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7776"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7776\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7777,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7776\/revisions\/7777"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1622"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7776"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7776"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7776"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7776"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}