{"id":7784,"date":"2026-02-20T11:17:59","date_gmt":"2026-02-20T11:17:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7784"},"modified":"2026-02-20T11:17:59","modified_gmt":"2026-02-20T11:17:59","slug":"zahid-ada-peluang-jadi-pm-selepas-pru-16-kj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-ada-peluang-jadi-pm-selepas-pru-16-kj\/","title":{"rendered":"Zahid ada peluang jadi PM selepas PRU-16: KJ"},"content":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dilihat mempunyai peluang cerah untuk muncul sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), menurut Khairy Jamaluddin.<\/p>\n<p>Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan beberapa parti dominan berdepan konflik dalaman, manakala UMNO pula kekal stabil.<\/p>\n<p>Katanya, kestabilan itu memberi isyarat kepada rakyat Zahid mampu mengurus perbezaan pendapat dalam parti dengan baik.<\/p>\n<p>\u201cBeliau berjaya menguruskan perbezaan di dalam UMNO itu dengan sangat baik.<\/p>\n<p>\u201cDaripada semua parti politik lain juga, nampak tidak ada apa-apa masalah dalaman dalam UMNO,\u201d katanya menerusi Podcasts Keluar Sekejap.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, Zahid juga berjaya menangani perbezaan pandangan yang pernah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, tanpa mencetuskan perpecahan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau membandingkan situasi itu dengan beberapa parti lain yang dilihat sedang berdepan ketegangan dalaman.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita lihat dalam PAS pun sekarang wujud sedikit ketegangan antara proksi ulama dan bukan ulama, tetapi UMNO nampak stabil,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, UMNO yang merupakan tunjang Barisan Nasional pernah mendominasi politik negara selama lebih enam dekad sebelum tewas pada PRU-14 pada 2018.<\/p>\n<p>Selepas melalui fasa kejatuhan dan perpecahan dalaman, parti itu kini berada dalam kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Khairy turut berpandangan Zahid dilihat tidak meletakkan dirinya dalam posisi untuk diserang oleh PKR, sekali gus membuka ruang kerjasama berterusan antara UMNO dan PH menjelang PRU-16.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau menjangkakan UMNO mampu meraih momentum besar sekiranya PRU-16 tidak diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.<\/p>\n<p>Malah, beliau meramalkan kemenangan mutlak di kedua-dua negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cBukan saya kata kemenangan mutlak di Melaka dan Johor itu akan diterjemahkan kemenangan mutlak di PRU-16.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa UMNO masih lagi jauh di mata persepsi rakyat untuk mendapat kemenangan mutlak, tetapi keputusannya akan lebih baik berbanding sebelum ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dilihat mempunyai peluang cerah untuk muncul sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), menurut Khairy Jamaluddin. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan beberapa parti dominan berdepan konflik dalaman, manakala UMNO pula kekal stabil. Katanya, kestabilan itu memberi isyarat kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":607,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,1036,326,2252,101,146],"authors":[],"class_list":["post-7784","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-calon-pm","tag-khairy-jamaluddin","tag-kj","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7784","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7784"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7784\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7785,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7784\/revisions\/7785"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7784"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7784"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7784"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7784"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}