{"id":7795,"date":"2026-02-20T23:18:12","date_gmt":"2026-02-20T23:18:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7795"},"modified":"2026-02-20T23:18:12","modified_gmt":"2026-02-20T23:18:12","slug":"rafizi-nekad-teruskan-saman-fitnah-terhadap-caprice","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-nekad-teruskan-saman-fitnah-terhadap-caprice\/","title":{"rendered":"Rafizi nekad teruskan saman fitnah terhadap Caprice"},"content":{"rendered":"<p>Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan akan meneruskan tindakan saman terhadap pempengaruh media sosial, Caprice selepas peluang untuk memohon maaf tidak diendahkan.<\/p>\n<p>Rafizi berkata, kandungan yang dimuat naik Caprice disifatkan sebagai tuduhan mempunyai kepentingan dalam syarikat miliknya, Invoke Solutions Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bentuk pertanyaan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak tindakan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cPertanyaan berbentuk tuduhan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan tindakan di bawah undang-undang fitnah.<\/p>\n<p>\u201cElemen innuendo dan sindiran tersirat juga boleh diambil kira oleh mahkamah,\u201d katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri, malam tadi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilaporkan mendesak Rafizi menurunkan semua hantaran media sosial dan memohon maaf sebelum jam 5 petang semalam atau berdepan tindakan undang-undang.<\/p>\n<p>Ia susulan hantaran Rafizi yang menyentuh dakwaan berkaitan kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya.<\/p>\n<p>Caprice menegaskan tidak pernah menyebut jumlah RM2.5 bilion atau menggunakan perkataan rasuah dalam video yang dimuat naik.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dakwaan konflik kepentingan tidak berasas dan yakin mempunyai asas kukuh untuk menang dalam saman berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau betul saya menerima rasuah, sudah lama saya ke dalam penjara. Sampai sekarang tidak berlaku pun. Saya yakin AMLA memantau setiap hari,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, hubungan dengan ahli perniagaan yang dikaitkan hanya melibatkan urusan klien yang memerlukan khidmat kepakaran Invoke.<\/p>\n<p>Menurutnya, carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang tular menunjukkan pegangan dalam bentuk \u201cpreference share\u201d iaitu pinjaman, bukannya saham berkepentingan.<\/p>\n<p>\u201cUntuk kata itu saham berkepentingan adalah salah sama sekali. Invoke ada ramai klien, takkan semua dianggap ada kepentingan,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan akan meneruskan tindakan saman terhadap pempengaruh media sosial, Caprice selepas peluang untuk memohon maaf tidak diendahkan. Rafizi berkata, kandungan yang dimuat naik Caprice disifatkan sebagai tuduhan mempunyai kepentingan dalam syarikat miliknya, Invoke Solutions Sdn Bhd. Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bentuk pertanyaan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3259,3258,291,3201,209,24,477,290,21],"authors":[],"class_list":["post-7795","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ariz-ramli","tag-caprice","tag-fitnah","tag-invoke","tag-rafizi-ramli","tag-rasuah","tag-saham","tag-saman","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7795","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7795"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7795\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7796,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7795\/revisions\/7796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7795"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7795"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7795"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7795"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}