{"id":7797,"date":"2026-02-20T23:25:47","date_gmt":"2026-02-20T23:25:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7797"},"modified":"2026-02-20T23:25:47","modified_gmt":"2026-02-20T23:25:47","slug":"kongres-dap-sekadar-gimik-politik-sebab-panik-hilang-sokongan-cina-lian-ker","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kongres-dap-sekadar-gimik-politik-sebab-panik-hilang-sokongan-cina-lian-ker\/","title":{"rendered":"Kongres DAP sekadar gimik politik sebab panik hilang sokongan Cina: Lian Ker"},"content":{"rendered":"<p>Langkah DAP mengumumkan kongres khas pada 12 Julai ini bagi menentukan sama ada wakilnya dalam Kabinet perlu meletak jawatan disifatkan sebagai strategi politik semata-mata, bukannya petanda parti itu akan benar-benar meninggalkan kerajaan.<\/p>\n<p>Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata, langkah tersebut bukan sesuatu yang luar biasa dalam landskap politik tempatan dan pengumuman seperti itu lazimnya bertujuan meredakan tekanan dalaman dan menghantar isyarat kepada penyokong.<\/p>\n<p>\u201cBila umum kongres khas untuk tentukan kekal atau tidak dalam kerajaan, memang nampak besar dan dramatik.<\/p>\n<p>\u201cTapi skrip ini bukan baharu. Selalunya berakhir dengan keputusan untuk terus kekal,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata kongres khas itu akan menjadi semacam \u2018referendum\u2019 dalaman bagi membolehkan perwakilan menentukan hala tuju parti.<\/p>\n<p>Namun beliau menegaskan walaupun keputusan menarik diri daripada peranan eksekutif dibuat, 40 Ahli Parlimen DAP tetap akan menyokong kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sehingga pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Lian Ker berkata realiti politik menjadikan ancaman keluar kerajaan lebih mudah diungkap berbanding dilaksanakan.<\/p>\n<p>Katanya, apabila parti sudah berada dalam kerajaan dan memegang jawatan Kabinet serta terlibat dalam pembentukan dasar dan belanjawan, kos untuk kembali menjadi pembangkang amat tinggi.<\/p>\n<p>\u201cPembangkang mungkin ada kejelasan moral, tetapi hampir tiada pengaruh dan sumber. Parti yang sudah berada dalam kerajaan faham risiko ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebagai latar belakang, MCA sendiri pernah berdepan situasi hampir sama apabila presidennya ketika itu, Wee Ka Siong menyatakan mesyuarat agung parti akan menentukan kedudukan dalam kerajaan dan Barisan Nasional. Namun akhirnya, parti itu kekal.<\/p>\n<p>Menurut Lian Ker, kebanyakan undian \u2018kekal atau keluar\u2019 sebenarnya adalah konsensus yang sudah dijangka.<\/p>\n<p>\u201cIa lebih kepada melepaskan tekanan dalaman, bukan mengubah hala tuju strategik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Langkah DAP mengumumkan kongres khas pada 12 Julai ini bagi menentukan sama ada wakilnya dalam Kabinet perlu meletak jawatan disifatkan sebagai strategi politik semata-mata, bukannya petanda parti itu akan benar-benar meninggalkan kerajaan. Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata, langkah tersebut bukan sesuatu yang luar biasa dalam landskap politik tempatan dan pengumuman seperti itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3546,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,3260,285,180,1236],"authors":[],"class_list":["post-7797","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-kongres-khas","tag-madani","tag-mca","tag-ti-lian-ker"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7797","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7797"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7797\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7798,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7797\/revisions\/7798"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3546"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7797"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}