{"id":7830,"date":"2026-02-22T07:41:58","date_gmt":"2026-02-22T07:41:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7830"},"modified":"2026-02-22T07:41:58","modified_gmt":"2026-02-22T07:41:58","slug":"rafizi-mahu-bertanding-semula-di-pandan-tapi-bukan-atas-tiket-pkr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-mahu-bertanding-semula-di-pandan-tapi-bukan-atas-tiket-pkr\/","title":{"rendered":"Rafizi mahu bertanding semula di Pandan, tapi bukan atas tiket PKR"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengesahkan berkemungkinan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), namun memberi bayangan tidak akan bertanding atas tiket PKR.<\/p>\n<p>Dalam temu bual bersama Sin Chew Daily, Rafizi berkata keputusan untuk terus bertanding di Pandan sudah muktamad, tetapi kaedah penyertaannya masih dirahsiakan.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa saya tidak akan bertanding sebagai calon PKR. Saya tetap akan bertanding di Pandan, itu sudah saya putuskan\u2026 bagaimana cara saya bertanding, itu rahsia,\u201d katanya dipetik laporan itu.<\/p>\n<p>Rafizi menjangkakan persaingan sengit di kerusi tersebut, namun perjuangan yang dibawanya lebih besar daripada sekadar menang pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat saya bukan semata-mata kemenangan, tetapi memastikan politik progresif dan berbilang kaum terus subur serta ada perubahan sebenar dalam landskap politik negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hubungan Rafizi dengan PKR dilihat semakin renggang selepas beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti tahun lalu.<\/p>\n<p>Sejak itu, beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk presidennya yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut Rafizi, PKR bukan lagi \u201crumah\u201d seperti dahulu kerana parti itu telah banyak berubah selepas Anwar menjadi perdana menteri.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa hala tuju parti kini lebih tertumpu kepada memastikan sokongan politik bagi mengekalkan kuasa, termasuk kerjasama dengan parti lain.<\/p>\n<p>Walaupun kecewa, Rafizi mengakui undang-undang antilompat parti menjadi faktor utama beliau kekal dalam PKR buat masa ini kerana tidak mahu pengundi Pandan kehilangan wakil rakyat.<\/p>\n<p>Mengulas spekulasi mengenai kemungkinan menubuhkan parti baharu bersama Khairy Jamaluddin, Rafizi menolaknya.<\/p>\n<p>\u201cKalau letakkan kami dalam bilik yang sama, kami akan bergaduh pasal ke mana nak pergi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengesahkan berkemungkinan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), namun memberi bayangan tidak akan bertanding atas tiket PKR. Dalam temu bual bersama Sin Chew Daily, Rafizi berkata keputusan untuk terus bertanding di Pandan sudah muktamad, tetapi kaedah penyertaannya masih dirahsiakan. \u201cSaya rasa saya tidak akan bertanding sebagai calon PKR. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,100,386,309,9,18,8,3226],"authors":[],"class_list":["post-7830","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-kerusi","tag-pandan","tag-parlimen","tag-pkr","tag-pmx","tag-rafizi","tag-tiket"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7830","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7830"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7830\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7831,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7830\/revisions\/7831"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7830"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7830"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7830"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7830"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}