{"id":7840,"date":"2026-02-23T06:11:30","date_gmt":"2026-02-23T06:11:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7840"},"modified":"2026-02-23T06:11:30","modified_gmt":"2026-02-23T06:11:30","slug":"zafrul-nafi-dakwaan-rafizi-mengatakan-negara-bayar-tarif-berganda-kepada-as","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zafrul-nafi-dakwaan-rafizi-mengatakan-negara-bayar-tarif-berganda-kepada-as\/","title":{"rendered":"Zafrul nafi dakwaan Rafizi mengatakan negara bayar tarif berganda kepada AS"},"content":{"rendered":"<p>Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan Malaysia membayar tarif hampir dua kali ganda berbanding negara lain kepada Amerika Syarikat (AS), sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan.<\/p>\n<p>Bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu mengulas kritikan bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS yang dimeterai pada 26 Oktober 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.<\/p>\n<p>Menurut Zafrul, tarif 19 peratus yang sebelum ini dikenakan ke atas Malaysia sudah tidak lagi berkuat kuasa selepas keputusan Mahkamah Agung AS pada 21 Februari lalu.<\/p>\n<p>\u201cApa benda yang kena bayar tarif dua kali ganda ni? Bila Mahkamah Agung AS dah batalkan tarif, maknanya tarif 19 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia pun dah tak jadilah,\u201d katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.<\/p>\n<p>Untuk rekod, ART dimeterai ketika ketidaktentuan perdagangan global memuncak susulan tindakan perlindungan perdagangan oleh beberapa kuasa besar dunia.<\/p>\n<p>Langkah itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin politik tempatan mengenai keperluan dan kesannya terhadap ekonomi negara.<\/p>\n<p>Zafrul yang kini mempengerusikan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mempertahankan keputusan kerajaan ketika itu sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi kepentingan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Beliau mengibaratkan pendekatan tersebut seperti mengambil insurans perjalanan sebelum ke luar negara.<\/p>\n<p>\u201cOrang selalu fikir takkan jadi apa-apa. Tetapi bila masuk hospital di luar negara dan bil mencecah puluhan ribu ringgit, waktu itu barulah kita faham kenapa perlindungan itu penting. Kita sediakan payung sebelum hujan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, Malaysia memilih untuk bertindak lebih awal tanpa menunggu proses mahkamah di AS selesai kerana kelewatan boleh menyebabkan negara berunding dalam keadaan kurang menguntungkan.<\/p>\n<p>\u201cDalam perdagangan global hari ini, siapa lambat bergerak akan bayar harga yang mahal. Pendekatan proaktif beri kepastian kepada industri tempatan dan lindungi pekerjaan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia bukan bersendirian dalam pendekatan itu apabila Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia turut mencapai persefahaman perdagangan dengan Washington.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan soal siapa paling kuat bercakap. Ini soal siapa paling awal bertindak untuk melindungi ekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan Malaysia membayar tarif hampir dua kali ganda berbanding negara lain kepada Amerika Syarikat (AS), sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak tepat dan mengelirukan. Bekas menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu mengulas kritikan bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS yang dimeterai pada 26 Oktober [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1403,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,2214,483,38,2246,604,2552],"authors":[],"class_list":["post-7840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-art","tag-cukai","tag-malaysia","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas","tag-tarif","tag-tengku-zafrul-tengku-abdul-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7840"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7841,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7840\/revisions\/7841"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7840"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}