{"id":7855,"date":"2026-02-23T06:41:41","date_gmt":"2026-02-23T06:41:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7855"},"modified":"2026-02-23T06:41:41","modified_gmt":"2026-02-23T06:41:41","slug":"ringgit-cecah-paras-tertinggi-sejak-2018-mampu-capai-rm3-65-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-cecah-paras-tertinggi-sejak-2018-mampu-capai-rm3-65-laporan\/","title":{"rendered":"Ringgit cecah paras tertinggi sejak 2018, mampu capai RM3.65: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus memberi isyarat baharu kepada pasaran mata wang tempatan kini berada dalam fasa pemulihan yang lebih kukuh.<\/p>\n<p>Pada sesi pembukaan hari ini, ringgit meningkat kepada 3.8835\/9065 berbanding dolar AS, lebih baik daripada 3.8995\/9055 ketika ditutup Jumaat lalu.<\/p>\n<p>Kali terakhir ringgit berada pada paras ini ialah pada 2 Februari 2018.<\/p>\n<p>Penganalisis melihat momentum ini berpotensi membawa ringgit melepasi paras sokongan segera RM3.87, dengan sasaran seterusnya sekitar RM3.65.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dalam suasana global yang tidak menentu, ringgit kekal menunjukkan daya tahan yang memberangsangkan.<\/p>\n<p>\u201cDalam persekitaran ketidakpastian, ringgit dijangka kekal berdaya tahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan perkembangan terkini berkaitan dasar tarif AS kembali menjadi tumpuan selepas Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa Presiden AS, Donald Trump, tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk melaksanakan tarif global secara meluas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Darurat Antarabangsa (IEEPA).<\/p>\n<p>Pada 20 Februari lalu, mahkamah tersebut membatalkan tarif berasaskan IEEPA termasuk tarif timbal balas yang diperkenalkan sebelum ini.<\/p>\n<p>Namun begitu, Trump dilaporkan berhasrat menggunakan undang-undang lain untuk meneruskan pelaksanaan tarif, malah mengumumkan cadangan menaikkan tarif global daripada 10 peratus kepada 15 peratus pada Sabtu lalu.<\/p>\n<p>Situasi ini mencetuskan pelarasan semula dalam kalangan pelabur global.<\/p>\n<p>Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, kekuatan ringgit turut disokong oleh sentimen risiko global yang semakin positif.<\/p>\n<p>\u201cPasaran kini menyemak semula jangkaan pertumbuhan ekonomi AS. Ini menyebabkan permintaan terhadap dolar sebagai aset selamat sedikit reda dan memberi ruang kepada mata wang pasaran pesat membangun seperti ringgit untuk mengukuh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menambah ketegangan geopolitik, termasuk risiko melibatkan hubungan AS dan Iran, mendorong pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati, sekali gus menyokong aliran masuk ke pasaran serantau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus memberi isyarat baharu kepada pasaran mata wang tempatan kini berada dalam fasa pemulihan yang lebih kukuh. Pada sesi pembukaan hari ini, ringgit meningkat kepada 3.8835\/9065 berbanding dolar AS, lebih baik daripada 3.8995\/9055 ketika ditutup Jumaat lalu. Kali terakhir ringgit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7477,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[462,68,393,394],"authors":[],"class_list":["post-7855","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dolar","tag-ekonomi","tag-mata-wang","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7855","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7855"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7855\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7856,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7855\/revisions\/7856"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7477"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7855"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7855"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7855"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7855"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}