{"id":7869,"date":"2026-02-24T05:59:12","date_gmt":"2026-02-24T05:59:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7869"},"modified":"2026-02-24T05:59:12","modified_gmt":"2026-02-24T05:59:12","slug":"tiada-rci-buat-masa-ini-isu-dokumen-pemain-naturalisasi-saifuddin-nasution","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-rci-buat-masa-ini-isu-dokumen-pemain-naturalisasi-saifuddin-nasution\/","title":{"rendered":"Tiada RCI buat masa ini isu dokumen pemain naturalisasi: Saifuddin Nasution"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan belum ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain naturalisasi yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat kerana proses siasatan dan tindakan perundangan oleh pihak berkuasa masih berjalan.<\/p>\n<p>\u201cPada masa ini, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI kerana siasatan masih berlangsung. Namun, jika wujud keperluan munasabah pada masa hadapan, perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana Menteri selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950,\u201d katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus susulan dakwaan bahawa beberapa pemain yang didaftarkan sebagai pemain warisan menggunakan dokumen kelahiran datuk atau nenek yang didakwa palsu bagi memenuhi syarat kelayakan antarabangsa.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, FAM telah menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara untuk meneliti perkara itu secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjalankan siasatan awal.<\/p>\n<p>\u201cHasil siasatan mendapati isu yang dibangkitkan lebih bersifat teknikal dan tidak mempunyai asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>FAM juga telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), manakala siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih diteruskan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan status kewarganegaraan Malaysia dan kelayakan mewakili negara di bawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah dua perkara berbeza.<\/p>\n<p>Katanya, istilah seperti \u201cpemain warisan\u201d atau kelayakan bermain tertakluk kepada Artikel 6 dan 7 Statut FIFA dan tidak menentukan taraf kewarganegaraan menurut undang-undang Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tujuh pemain terlibat diberikan kewarganegaraan di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan melalui proses naturalisasi yang mensyaratkan tempoh pemastautinan, kelakuan baik dan penguasaan bahasa Melayu yang memadai.<\/p>\n<p>\u201cPerkara 19 tidak mensyaratkan dokumen hubungan kekeluargaan seperti sijil kelahiran datuk atau nenek sebagai asas permohonan naturalisasi,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan belum ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain naturalisasi yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat kerana proses siasatan dan tindakan perundangan oleh pihak berkuasa masih berjalan. \u201cPada masa ini, tiada keperluan untuk menubuhkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1851,1850,22,2475,1852,20],"authors":[],"class_list":["post-7869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bola-sepak","tag-fam","tag-kdn","tag-naturalisasi","tag-pemain","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7869"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7870,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7869\/revisions\/7870"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7869"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}