{"id":7871,"date":"2026-02-24T06:02:39","date_gmt":"2026-02-24T06:02:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7871"},"modified":"2026-02-24T06:02:39","modified_gmt":"2026-02-24T06:02:39","slug":"kabinet-putus-tempoh-beku-kenaikkan-tol-kerajaan-tanggung-kos-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kabinet-putus-tempoh-beku-kenaikkan-tol-kerajaan-tanggung-kos-menteri\/","title":{"rendered":"Kabinet putus tempoh beku kenaikkan tol, kerajaan tanggung kos: Menteri"},"content":{"rendered":"<p>Tempoh pembekuan kenaikan kadar tol akan ditentukan oleh Kabinet, bukan oleh Kementerian Kerja Raya.<\/p>\n<p>Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan sama ada kerajaan mampu meneruskan langkah itu dalam jangka masa panjang bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cBerapa lama kerajaan boleh teruskan, itu bukan soalan yang saya boleh jawab kerana perkara itu perlu dibawa ke Kabinet dan Kabinet yang akan tentukan,\u201d katanya pada sidang media selepas melancarkan Construction Plan 2026-2030 (CAP30) hari ini.<\/p>\n<p>Isu kenaikan tol kembali menjadi perhatian susulan keputusan mesyuarat Kabinet pada Disember lalu yang bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol melibatkan 10 konsesi lebuh raya bagi tahun 2026.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil sebelum ini memaklumkan keputusan itu akan memberi implikasi kewangan kepada kerajaan, namun kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.<\/p>\n<p>Secara asasnya, kebanyakan perjanjian konsesi lebuh raya membenarkan semakan kadar tol dibuat secara berkala mengikut jadual yang dipersetujui. Ini bermakna, dari sudut perjanjian, kenaikan kadar tol boleh dilaksanakan apabila tiba tempohnya.<\/p>\n<p>Alexander menjelaskan kerajaan mengambil pendekatan menangguhkan kenaikan tersebut bagi mengurangkan beban rakyat yang masih berdepan tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cJika ikut perjanjian, kadar tol ini memang sudah sampai masa untuk disemak, bermakna kadar tol akan meningkat. Tetapi kerajaan mengambil kira keadaan rakyat yang masih berdepan kos sara hidup dan pelbagai beban lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan penangguhan kenaikan itu bukan bermakna tiada kos terlibat.<\/p>\n<p>\u201cBukan percuma tetapi kerajaan yang tanggung. Pengguna harus tahulah, bila ditangguh kenaikan harga tol, maka kerajaanlah yang membayar,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Langkah pembekuan ini dilihat sebagai sebahagian usaha kerajaan menstabilkan perbelanjaan isi rumah, khususnya bagi pengguna lebuh raya harian, sementara dasar jangka panjang berkaitan struktur tol terus diperhalusi di peringkat Kabinet.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tempoh pembekuan kenaikan kadar tol akan ditentukan oleh Kabinet, bukan oleh Kementerian Kerja Raya. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan sama ada kerajaan mampu meneruskan langkah itu dalam jangka masa panjang bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan Jemaah Menteri. \u201cBerapa lama kerajaan boleh teruskan, itu bukan soalan yang saya boleh jawab kerana perkara itu perlu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7385,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1025,736,3280,3278,3279,1002],"authors":[],"class_list":["post-7871","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-alexander-nanta-linggi","tag-kadar","tag-kenaikkan","tag-menteri-kerja-raya","tag-plus","tag-tol"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7871"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7872,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7871\/revisions\/7872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7385"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7871"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}