{"id":7888,"date":"2026-02-24T15:35:59","date_gmt":"2026-02-24T15:35:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7888"},"modified":"2026-02-24T15:35:59","modified_gmt":"2026-02-24T15:35:59","slug":"kes-exco-pulau-pinang-pukul-isteri-diserah-kepada-polis-siasat-kon-yeow","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-exco-pulau-pinang-pukul-isteri-diserah-kepada-polis-siasat-kon-yeow\/","title":{"rendered":"Kes Exco Pulau Pinang pukul isteri diserah kepada polis siasat: Kon Yeow"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung kes seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya, susulan dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.<\/p>\n<p>Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata telah dihubungi oleh Exco berkenaan selepas penahanan itu dan dimaklumkan individu terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis.<\/p>\n<p>Menurutnya, kes tersebut disifatkan sebagai isu rumah tangga antara suami dan isteri, dan kedua-dua pihak dilaporkan telah membuat laporan polis sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya difahamkan kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan Yang Berhormat berkenaan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan,\u201d katanya dipetik laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan perkembangan terbaharu menunjukkan kedua-dua pihak telah menarik balik laporan masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, itu sahaja yang saya boleh nyatakan. Jika ada perkembangan lanjut, kita berharap YB sendiri akan memaklumkan kepada kerajaan negeri atau parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas sama ada Exco terbabit perlu bercuti daripada tugas rasmi, beliau berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan berkenaan, namun buat masa ini memilih untuk menunggu hasil siasatan pihak polis.<\/p>\n<p>\u201cPolis sudah mengambil keterangan dan menjalankan siasatan. Pada peringkat ini, kita tunggu tindakan seterusnya yang difikirkan terbaik untuk keluarga mereka. Jika kedua-dua pihak mempunyai perancangan atau keputusan lanjut, kita menghormati proses itu,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, media sosial kecoh dengan dakwaan seorang Exco Kerajaan Pulau Pinang ditahan polis kerana disyaki memukul isterinya di Pantai Jerejak, Ahad lalu.<\/p>\n<p>Difahamkan, beliau ditahan kira-kira jam 6 petang semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung kes seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya, susulan dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata telah dihubungi oleh Exco berkenaan selepas penahanan itu dan dimaklumkan individu terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3476,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[226,63,2580,314,94,3286,67],"authors":[],"class_list":["post-7888","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-chow-kon-yeow","tag-dap","tag-exco","tag-kes","tag-polis","tag-pukul-isteri","tag-pulau-pinang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7888","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7888"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7888\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7889,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7888\/revisions\/7889"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7888"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7888"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7888"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7888"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}