{"id":7910,"date":"2026-02-25T06:08:53","date_gmt":"2026-02-25T06:08:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7910"},"modified":"2026-02-25T06:08:53","modified_gmt":"2026-02-25T06:08:53","slug":"umno-tak-pelawa-hamzah-masuk-ke-rumah-baharu-kena-mulakan-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-tak-pelawa-hamzah-masuk-ke-rumah-baharu-kena-mulakan-sendiri\/","title":{"rendered":"UMNO tak pelawa Hamzah masuk ke Rumah Baharu, kena mulakan sendiri"},"content":{"rendered":"<p>Tiada sebarang pertemuan atau rundingan diadakan antara UMNO dengan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, serta kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Parti Bersatu baru-baru ini.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya juga belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kumpulan berkenaan untuk menyertai gabungan itu, termasuk di bawah gagasan \u201cRumah Baharu\u201d yang diperkenalkan Presiden UMNO.<\/p>\n<p>\u201cKonsep Rumah Baharu ini terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana kumpulan tertentu.<\/p>\n<p>\u201cIa terbuka kepada parti politik, pertubuhan dan mana-mana pihak yang berkongsi hasrat serta visi yang sama atas nama kesatuan,\u201d katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun menjelaskan UMNO-BN tidak bercadang untuk memulakan sebarang pendekatan terhadap kumpulan terbabit.<\/p>\n<p>\u201cTakkanlah kita yang mahu memulakan. Ini urusan mereka dan biarlah mereka selesaikan dahulu. Apabila ada perkembangan, kita akan jawab kemudian,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Isu hala tuju Hamzah menjadi perhatian selepas beliau bersama beberapa pemimpin lain dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.<\/p>\n<p>Tindakan itu membabitkan 17 ahli termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri atas dakwaan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Selain Hamzah, turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Azahari dilaporkan berkata hala tuju kumpulan itu sedang dipertimbangkan, sama ada menyertai parti politik sedia ada atau menubuhkan wadah baharu berteraskan agenda \u201cRumah Baharu\u201d.<\/p>\n<p>Perkembangan ini mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan berlaku penjajaran semula politik, khususnya dalam kalangan pembangkang.<\/p>\n<p>Namun setakat ini, BN mengekalkan pendirian bahawa tiada sebarang rundingan atau permohonan rasmi diterima daripada mana-mana pihak yang dipecat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada sebarang pertemuan atau rundingan diadakan antara UMNO dengan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin, serta kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Parti Bersatu baru-baru ini. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya juga belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kumpulan berkenaan untuk menyertai gabungan itu, termasuk di bawah gagasan \u201cRumah Baharu\u201d yang diperkenalkan Presiden UMNO. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7635,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,378,1035,1847,276,3231,2995,146],"authors":[],"class_list":["post-7910","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-bn","tag-hamzah-zainuddin","tag-ketua-pembangkang","tag-pecat","tag-rumah-baharu","tag-rumah-bangsa","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7910","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7910"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7910\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7911,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7910\/revisions\/7911"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7635"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7910"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7910"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7910"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7910"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}