{"id":7919,"date":"2026-02-25T23:47:22","date_gmt":"2026-02-25T23:47:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7919"},"modified":"2026-02-25T23:47:22","modified_gmt":"2026-02-25T23:47:22","slug":"samsuri-jadi-pengerusi-pn-amanah-dakwa-pas-jadi-punca-gabungan-itu-bergolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/samsuri-jadi-pengerusi-pn-amanah-dakwa-pas-jadi-punca-gabungan-itu-bergolak\/","title":{"rendered":"Samsuri jadi Pengerusi PN, Amanah dakwa PAS jadi punca gabungan itu bergolak"},"content":{"rendered":"<p>Pelantikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan Amanah bukan petanda kebangkitan gabungan itu, sebaliknya bukti ia sedang berdepan krisis dalaman yang serius.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, tindakan Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan tersebut menunjukkan bekas perdana menteri itu memilih berundur ketika keadaan tidak lagi stabil dan melihat PAS sebagai punca kepada perpecahan gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cPelantikan ini bukan tanda PN sudah pulih. Kepimpinan yang lahir ketika organisasi kuat adalah mandat, tetapi kepimpinan yang muncul ketika organisasi retak adalah mewarisi kerosakan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Pada 22 Februari lalu, PN mengumumkan Samsuri menggantikan Muhyiddin selepas satu mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan.<\/p>\n<p>Proses pengesahan peletakan jawatan dan pelantikan baharu itu didakwa berlangsung kurang 30 minit.<\/p>\n<p>Mesyuarat tersebut diadakan hampir enam minggu selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menghantar surat mendesak ia disegerakan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku selepas hubungan PAS dan Bersatu dilaporkan tegang susulan isu pertukaran Menteri Besar Perlis sebelum ini.<\/p>\n<p>Latar belakang ketegangan tersebut mencetuskan spekulasi mengenai kestabilan dalaman gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Mahfuz mengibaratkan situasi itu seperti pasukan bola sepak yang berada dalam keadaan berbeza.<\/p>\n<p>\u201cKalau pasukan sedang menang 3-0, semua orang berebut jadi kapten. Tetapi apabila kalah 0-3, siapa yang ambil lilitan kapten bukan ambil kemenangan, dia ambil masalah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan keupayaan PAS mengurus konflik dalaman, merujuk kepada perkembangan politik di Perlis.<\/p>\n<p>Menurutnya, kehilangan jawatan utama kerajaan negeri itu bukan berpunca daripada penolakan rakyat, tetapi kegagalan mengurus perbezaan dalam parti.<\/p>\n<p>\u201cMacam mana PAS nak selamatkan PN sedangkan Perlis yang kecil pun gagal diselamatkan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan kekuatan sesebuah parti bukan hanya bergantung kepada jumlah kerusi dimenangi, sebaliknya kestabilan dalaman, disiplin organisasi dan keupayaan mentadbir.<\/p>\n<p>\u201cPerubahan pengerusi ini bukan simbol kebangkitan, tetapi lebih kepada usaha menyusun semula kepimpinan di atas struktur yang sedang mereput,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelantikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu disifatkan Amanah bukan petanda kebangkitan gabungan itu, sebaliknya bukti ia sedang berdepan krisis dalaman yang serius. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, tindakan Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan tersebut menunjukkan bekas perdana menteri itu memilih berundur ketika keadaan tidak lagi stabil dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,275,3300,126,249,541,951],"authors":[],"class_list":["post-7919","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-amanah","tag-mahfuz-omar","tag-pas","tag-pengerusi","tag-perikatan-nasional","tag-pn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7919","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7919"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7919\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7920,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7919\/revisions\/7920"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7919"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7919"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7919"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7919"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}