{"id":7924,"date":"2026-02-25T23:58:38","date_gmt":"2026-02-25T23:58:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7924"},"modified":"2026-02-25T23:58:38","modified_gmt":"2026-02-25T23:58:38","slug":"kes-pijak-al-quran-pelajar-umpsa-direman-polis-4-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-pijak-al-quran-pelajar-umpsa-direman-polis-4-hari\/","title":{"rendered":"Kes pijak al-Quran: Pelajar UMPSA direman polis 4 hari"},"content":{"rendered":"<p>Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman empat hari bagi membantu siasatan selepas tular gambar dipercayai memaparkan tindakannya memijak al-Quran serta memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap Islam di media sosial.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan awal pagi tadi selepas bapanya sendiri tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, bapa suspek hadir bersama anaknya untuk memohon maaf kepada umat Islam dan menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anaknya susulan hantaran berkenaan yang mencetuskan kemarahan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cDalam kejadian itu, anak pengadu telah memuat naik gambar yang menghina kitab suci agama Islam di akaun media sosial miliknya.<\/p>\n<p>\u201cPengadu datang bersama anaknya ke balai polis bagi membuat laporan serta memohon maaf,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Sejak semalam, media sosial kecoh dengan penyebaran gambar memaparkan kaki seorang lelaki memijak al-Quran, selain tangkap layar komen dipercayai daripada individu sama yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Turut tersebar ialah gambar suspek yang dikenal pasti sebagai penuntut sebuah universiti awam di Pahang.<\/p>\n<p>Ashari berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Februari bagi membantu siasatan lanjut.<\/p>\n<p>Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak di luar undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKami menasihatkan masyarakat supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh melukakan perasaan agama orang lain, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman empat hari bagi membantu siasatan selepas tular gambar dipercayai memaparkan tindakannya memijak al-Quran serta memuat naik kandungan berunsur penghinaan terhadap Islam di media sosial. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan awal pagi tadi selepas bapanya sendiri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3297,314,972,773,3296,94,486,3302],"authors":[],"class_list":["post-7924","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-al-quran","tag-kes","tag-pahang","tag-pelajar","tag-pijak","tag-polis","tag-reman","tag-umpsa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7924","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7924"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7924\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7925,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7924\/revisions\/7925"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7924"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7924"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7924"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7924"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}