{"id":7934,"date":"2026-02-26T06:04:19","date_gmt":"2026-02-26T06:04:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7934"},"modified":"2026-02-26T06:04:19","modified_gmt":"2026-02-26T06:04:19","slug":"yeoh-beri-penjelasan-berhubung-tindakan-dbkl-di-tapak-street-dakwah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/yeoh-beri-penjelasan-berhubung-tindakan-dbkl-di-tapak-street-dakwah\/","title":{"rendered":"Yeoh beri penjelasan berhubung tindakan DBKL di tapak Street Dakwah"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang baru-baru ini bukan berkaitan aktiviti dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam mengenai pemasangan kanopi di kawasan terbabit.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menjelaskan pasukan penguat kuasa DBKL turun ke lokasi selepas menerima aduan termasuk dakwaan berlaku vandalisme.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pegawai bertugas menunggu kira-kira 30 minit di tapak berkenaan, namun tiada wakil tampil sebelum tindakan lanjut diambil.<\/p>\n<p>\u201cBahan yang diambil seperti kerusi, meja lipat, khemah dan troli beroda telah dipulangkan semula kepada Multiracial Reverted Muslims (MRM). Tidak ada bahan agama yang dirampas oleh DBKL,\u201d katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Isu itu timbul selepas terdapat dakwaan kononnya barangan dakwah seperti risalah turut dirampas dalam operasi berkenaan.<\/p>\n<p>Yeoh menegaskan persepsi tersebut tidak tepat dan menambah bahawa situasi yang dimainkan di media sosial telah memberi tekanan kepada pegawai penguat kuasa yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cPegawai tersebut diganggu di akaun Facebook sehingga beliau terpaksa menutup akaun media sosialnya. Ini menyedihkan kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab selepas menerima aduan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Street Dakwah di sekitar Bukit Bintang sebelum ini dikenali sebagai inisiatif dakwah jalanan yang menyasarkan orang ramai di kawasan tumpuan pelancong.<\/p>\n<p>Namun, sebagai kawasan di bawah pentadbiran DBKL, sebarang struktur sementara termasuk kanopi perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan Jabatan Wilayah Persekutuan sentiasa menyokong usaha dakwah, namun ia perlu dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.<\/p>\n<p>Menurutnya, DBKL akan bekerjasama dengan agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi memastikan garis panduan aktiviti dakwah lebih jelas.<\/p>\n<p>\u201cSetiap agensi melihat isu dari sudut berbeza, termasuk lokasi, keselamatan dan sensitiviti agama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat tuduhan melulu dan sentiasa bersangka baik demi menjaga keharmonian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang baru-baru ini bukan berkaitan aktiviti dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam mengenai pemasangan kanopi di kawasan terbabit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menjelaskan pasukan penguat kuasa DBKL turun ke lokasi selepas menerima aduan termasuk dakwaan berlaku vandalisme. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7240,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1681,63,152,350,610,3309,885],"authors":[],"class_list":["post-7934","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agama","tag-dap","tag-dbkl","tag-hannah-yeoh","tag-islam","tag-street-dakwah","tag-tindakan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7934","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7934"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7934\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7935,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7934\/revisions\/7935"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7240"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7934"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7934"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7934"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7934"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}