{"id":7942,"date":"2026-02-26T09:47:35","date_gmt":"2026-02-26T09:47:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7942"},"modified":"2026-02-26T09:47:35","modified_gmt":"2026-02-26T09:47:35","slug":"fokus-bina-ekonomi-negara-hentikan-drama-isu-kecil-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fokus-bina-ekonomi-negara-hentikan-drama-isu-kecil-anwar\/","title":{"rendered":"Fokus bina ekonomi negara, hentikan drama isu kecil: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya tidak terus terperangkap dalam isu-isu remeh yang boleh memecah-belahkan masyarakat, sebaliknya memberi tumpuan kepada agenda besar membina ekonomi negara demi masa depan generasi muda.<\/p>\n<p>Berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 hari ini, Perdana Menteri berkata kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan rakyat berbilang kaum yang saling menghormati budaya dan agama masing-masing.<\/p>\n<p>Menurutnya, kestabilan dan kemakmuran hanya mampu dicapai jika nilai kemanusiaan dan toleransi terus dipupuk.<\/p>\n<p>\u201cKita menghormati nilai manusia, kita tahu budaya dan ketinggian nilai kemanusiaan dan ini yang kita pupuk supaya fokus kita kepada nilai dan kekuatan ekonomi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan jika terlalu banyak polemik kecil, ia hanya akan mengalih perhatian daripada perkara lebih penting seperti pelaburan, peluang pekerjaan dan mutu pendidikan.<\/p>\n<p>\u201cKalau ekonomi kita tak kukuh, pelaburan tidak meningkat, tidak ada harapan untuk anak-anak muda kita dari segi pekerjaan dan mutu pendidikan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Presiden Huazong Lim Kah Chuan.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh asas kenegaraan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan, namun pada masa sama hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing perlu terus dipelihara.<\/p>\n<p>Menyentuh isu bahasa, beliau berkata keterbukaan terhadap pembelajaran bahasa lain bukan satu kerugian, malah memberi nilai tambah kepada negara.<\/p>\n<p>\u201cAsalkan mereka semua terima kedudukan bahasa Melayu dan perlu tahu sejarah negara, maka belajarlah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, selain bahasa Melayu, penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Cina juga penting kerana kedua-duanya mempunyai nilai ekonomi yang besar di peringkat serantau dan global.<\/p>\n<p>Sejak menerajui pentadbiran negara, Anwar konsisten menekankan agenda reformasi ekonomi dan perpaduan nasional sebagai teras Malaysia Madani, dengan sasaran memperkukuh daya saing negara di tengah-tengah cabaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya tidak terus terperangkap dalam isu-isu remeh yang boleh memecah-belahkan masyarakat, sebaliknya memberi tumpuan kepada agenda besar membina ekonomi negara demi masa depan generasi muda. Berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 hari ini, Perdana Menteri berkata kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan rakyat berbilang kaum yang saling menghormati budaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,68,858,3313,285,131,18,3137],"authors":[],"class_list":["post-7942","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-kaum","tag-kemakmuran","tag-madani","tag-negara","tag-pmx","tag-tahun-baharu-cina"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7942","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7942"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7942\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7943,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7942\/revisions\/7943"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7942"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7942"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7942"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7942"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}