{"id":7958,"date":"2026-02-27T06:55:42","date_gmt":"2026-02-27T06:55:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7958"},"modified":"2026-02-27T06:55:42","modified_gmt":"2026-02-27T06:55:42","slug":"pmx-titip-doa-buat-sultan-ibrahim-agar-diberikan-kesembuhan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-titip-doa-buat-sultan-ibrahim-agar-diberikan-kesembuhan\/","title":{"rendered":"PMX titip doa buat Sultan Ibrahim agar diberikan kesembuhan"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Ibrahim yang kini sedang menjalani rawatan susulan masalah kesihatan.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.<\/p>\n<p>\u201cMendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta terus sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Sultan Ibrahim sedang gering akibat kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.<\/p>\n<p>Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis rasmi bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu, disebabkan menjalani rawatan susulan, Sultan Ibrahim tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, ketua perwakilan asing serta pegawai kanan kerajaan yang berlangsung baru-baru ini di Istana Negara.<\/p>\n<p>Majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Sultan Ibrahim yang dijadualkan turut ditangguhkan ke satu tarikh lain.<\/p>\n<p>\u201cYang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih,\u201d menurut kenyataan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menzahirkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Ibrahim yang kini sedang menjalani rawatan susulan masalah kesihatan. Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata mendoakan agar Seri Paduka Baginda dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. \u201cMendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3660,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,13,3318,3319,18,589,90,3320],"authors":[],"class_list":["post-7958","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-anwar","tag-doa","tag-otot","tag-pmx","tag-rawatan","tag-sultan-ibrahim","tag-tulang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7958","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7958"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7958\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7959,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7958\/revisions\/7959"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3660"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7958"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7958"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7958"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7958"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}