{"id":7965,"date":"2026-02-27T07:10:33","date_gmt":"2026-02-27T07:10:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7965"},"modified":"2026-02-27T07:10:33","modified_gmt":"2026-02-27T07:10:33","slug":"amk-selangor-bidas-rafizi-isu-surat-tunjuk-sebab-seolah-cuba-tunjuk-dizalimi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-selangor-bidas-rafizi-isu-surat-tunjuk-sebab-seolah-cuba-tunjuk-dizalimi\/","title":{"rendered":"AMK Selangor bidas Rafizi isu surat tunjuk sebab, seolah cuba tunjuk dizalimi"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengingatkan Rafizi Ramli supaya tidak membina persepsi kononnya beliau dizalimi parti selepas menerima surat tunjuk sebab daripada PKR.<\/p>\n<p>Ketuanya, Muhammad Iman Haziq berkata, surat tersebut bukan satu hukuman, sebaliknya prosedur biasa bagi memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk menjelaskan keadaan sebenar.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan parti itu selaras dengan prinsip disiplin organisasi yang perlu dipatuhi semua pihak.<\/p>\n<p>\u201cLogiknya mudah. Jika seseorang bekerja di sebuah syarikat dan setiap hari mengkritik majikan secara terbuka sehingga menjejaskan imej organisasi, sudah tentu dia akan dipanggil untuk memberi penjelasan.<\/p>\n<p>\u201cJadi, tidak perlu wujudkan naratif seolah-olah diri dizalimi hanya kerana parti melaksanakan tanggungjawab mempertahankan disiplin,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun Rafizi berhak menyuarakan pandangan dan kritikan, parti juga mempunyai hak untuk menjaga struktur serta kestabilan dalaman, lebih-lebih lagi apabila kenyataan dibuat secara terbuka menyentuh kepimpinan tertinggi termasuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan berterusan mengkritik parti melalui podcast dan pelbagai platform media memberi gambaran negatif seolah-olah PKR berdepan krisis dalaman yang serius.<\/p>\n<p>\u201cParti politik bukan pentas bebas tanpa tanggungjawab. Ia ada peraturan dan lembaga disiplin yang perlu dihormati,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, Muhammad Iman juga berkata Rafizi berhak menentukan hala tuju politiknya termasuk sekiranya mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 atas tiket lain.<\/p>\n<p>Namun, beliau menegaskan sebarang keputusan wajar dibuat secara tertib.<\/p>\n<p>\u201cPerjuangan ini dibina oleh ribuan ahli di pelbagai peringkat, bukan usaha seorang individu semata-mata. Parti ini lebih besar daripada mana-mana individu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memaklumkan surat tunjuk sebab itu dikeluarkan susulan kenyataannya berhubung hasrat bertanding pada PRU-16 bukan atas tiket PKR.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengingatkan Rafizi Ramli supaya tidak membina persepsi kononnya beliau dizalimi parti selepas menerima surat tunjuk sebab daripada PKR. Ketuanya, Muhammad Iman Haziq berkata, surat tersebut bukan satu hukuman, sebaliknya prosedur biasa bagi memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk menjelaskan keadaan sebenar. Menurutnya, tindakan parti itu selaras dengan prinsip disiplin organisasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,2814,9,8,96,3322],"authors":[],"class_list":["post-7965","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-muhammad-iman-haziq","tag-pkr","tag-rafizi","tag-selangor","tag-surat-tunjuk-sebab"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7965","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7965"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7965\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7966,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7965\/revisions\/7966"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7965"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7965"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7965"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7965"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}