{"id":7986,"date":"2026-02-27T14:55:27","date_gmt":"2026-02-27T14:55:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7986"},"modified":"2026-02-27T14:55:27","modified_gmt":"2026-02-27T14:55:27","slug":"pkr-beri-rafizi-hingga-esok-jawab-isu-keluar-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-beri-rafizi-hingga-esok-jawab-isu-keluar-parti\/","title":{"rendered":"PKR beri Rafizi hingga esok jawab isu keluar parti"},"content":{"rendered":"<p>PKR memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung kenyataannya yang dikaitkan dengan hasrat meninggalkan parti.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata surat berkenaan dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan Rafizi diberi tempoh lima hari bagi mengemukakan penjelasan rasmi mengenai pendiriannya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kenyataan Rafizi yang membayangkan kemungkinan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tanpa menggunakan tiket PKR boleh menimbulkan persepsi wujud niat untuk keluar parti.<\/p>\n<p>\u201cApabila beliau menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRU16 dan kemungkinan keluar daripada parti, ia boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah ada niat untuk meninggalkan parti,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Walkabout Bazar Ramadan Rahmah Zon Timur.<\/p>\n<p>Fuziah menjelaskan, surat tunjuk sebab itu bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi ruang kepada bekas Menteri Ekonomi berkenaan untuk memperjelaskan keadaan sebenar.<\/p>\n<p>Katanya, tindakan tersebut dibuat selaras dengan perlembagaan parti yang menetapkan bahawa sebarang pengisytiharan keluar parti perlu dibuat secara jelas oleh anggota sendiri.<\/p>\n<p>\u201cPerlembagaan parti melalui Fasal 9.1(c) menyebut mengenai pengisytiharan anggota bahawa beliau keluar parti. Jadi kita perlu ikut proses yang betul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, tempoh yang diberikan adalah adil dan bertujuan mengelakkan sebarang tindakan terburu-buru tanpa penjelasan rasmi.<\/p>\n<p>Sebarang perkembangan lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang dijadualkan pada 1 Mac ini.<\/p>\n<p>Baru-baru ini, dalam satu temu bual bersama media Cina tempatan, Rafizi dilaporkan membayangkan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU-16 walaupun tanpa sokongan PKR, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya dalam parti itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung kenyataannya yang dikaitkan dengan hasrat meninggalkan parti. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata surat berkenaan dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan Rafizi diberi tempoh lima hari bagi mengemukakan penjelasan rasmi mengenai pendiriannya. Menurut beliau, kenyataan Rafizi yang membayangkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":233,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[886,1460,358,276,9,209,3322],"authors":[],"class_list":["post-7986","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-disiplin","tag-fuziah-salleh","tag-keluar-parti","tag-pecat","tag-pkr","tag-rafizi-ramli","tag-surat-tunjuk-sebab"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7986","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7986"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7986\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7987,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7986\/revisions\/7987"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7986"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7986"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7986"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7986"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}