{"id":7989,"date":"2026-02-27T14:59:10","date_gmt":"2026-02-27T14:59:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7989"},"modified":"2026-02-27T14:59:10","modified_gmt":"2026-02-27T14:59:10","slug":"caprice-saman-rafizi-rm10-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/caprice-saman-rafizi-rm10-juta\/","title":{"rendered":"Caprice saman Rafizi RM10 juta"},"content":{"rendered":"<p>Pempengaruh media sosial, Caprice, memfailkan saman fitnah terhadap bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah di media sosial.<\/p>\n<p>Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata tindakan itu diambil selepas Rafizi didakwa gagal memohon maaf dan menurunkan hantaran yang dikatakan menjejaskan reputasinya.<\/p>\n<p>Menurutnya, dua surat tuntutan telah dihantar melalui peguamnya bertarikh 20 dan 23 Februari, namun tiada maklum balas memuaskan diterima.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah mengarahkan peguam untuk memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi.<\/p>\n<p>\u201cAntara tuntutan termasuk ganti rugi RM10 juta, permohonan maaf terbuka dan injunksi bagi menghalang kenyataan lanjut yang memfitnah,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menambah, langkah itu penting bagi membersihkan namanya daripada dakwaan yang didakwa tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cMelalui tindakan ini, saya berharap nama baik saya dapat dibersihkan daripada fitnah yang telah dilontarkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Pada 21 Februari lalu, Caprice dilaporkan memberi tempoh sehingga jam 5 petang hari sama kepada Rafizi untuk memadam semua hantaran berkaitan dan membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus susulan dakwaan Caprice mengenai isu rasuah berjumlah RM2.5 bilion melibatkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Rafizi.<\/p>\n<p>Bekas Timbalan Presiden PKR itu kemudian menjawab tuduhan berkenaan menerusi hantaran media sosial serta dalam podcast \u201cYang Berhenti Menteri\u201d yang disiarkan pada 20 Februari.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Caprice turut mempersoalkan penjelasan Rafizi dalam podcast tersebut.<\/p>\n<p>\u201cBeliau tidak menafikan hubungan perniagaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Itramas Corporation, Lee Choo Boo, yang pernah memegang saham dalam syarikat Invoke,\u201d dakwanya.<\/p>\n<p>Caprice juga mendakwa Rafizi tidak menafikan pembabitan dalam projek Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dianugerahkan kepada Itramas Corporation ketika menerajui Kementerian Ekonomi.<\/p>\n<p>Sehingga kini, Rafizi belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung saman yang difailkan terhadapnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pempengaruh media sosial, Caprice, memfailkan saman fitnah terhadap bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM10 juta susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah di media sosial. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata tindakan itu diambil selepas Rafizi didakwa gagal memohon maaf dan menurunkan hantaran yang dikatakan menjejaskan reputasinya. Menurutnya, dua surat tuntutan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7990,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3258,291,3201,386,9,8,24,290],"authors":[],"class_list":["post-7989","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-caprice","tag-fitnah","tag-invoke","tag-pandan","tag-pkr","tag-rafizi","tag-rasuah","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7989","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7989"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7989\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7991,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7989\/revisions\/7991"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7990"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7989"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7989"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7989"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7989"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}