{"id":7996,"date":"2026-02-28T07:26:51","date_gmt":"2026-02-28T07:26:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=7996"},"modified":"2026-02-28T07:26:51","modified_gmt":"2026-02-28T07:26:51","slug":"polis-siasat-dakwaan-gugat-kerajaan-beri-masa-khalid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-siasat-dakwaan-gugat-kerajaan-beri-masa-khalid\/","title":{"rendered":"Polis siasat dakwaan gugat kerajaan, beri masa: Khalid"},"content":{"rendered":"<p>Polis menggesa orang ramai supaya bersabar susulan siasatan terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara yang dikaitkan dengan seorang individu berpengaruh serta sebuah agensi media antarabangsa.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan sedang berjalan dan memerlukan penelitian menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil.<\/p>\n<p>Ujarnya, setiap laporan perlu diperiksa secara terperinci bagi memastikan proses berjalan berlandaskan fakta serta bukti.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini masih dalam tindakan polis dan diharap semua pihak dapat bersabar.<\/p>\n<p>\u201cSudah pasti siasatan akan dijalankan secara profesional serta berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh. Sekiranya ada perkembangan, kita akan maklum,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Kes berkenaan dipercayai bermula daripada satu laporan polis yang dibuat pada 26 Februari lalu.<\/p>\n<p>Sumber memaklumkan laporan itu mendakwa satu pertemuan sulit diadakan pada Julai 2025 di kediaman individu terbabit bagi merancang kempen menyerang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.<\/p>\n<p>Pendedahan dokumen sulit yang dikaitkan dengan keluarga tokoh berpengaruh turut mencetuskan dakwaan wujudnya konspirasi terancang membabitkan ejen pelobi asing dan rangkaian media antarabangsa.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menambah dimensi baharu terhadap siasatan yang sedang dijalankan.<\/p>\n<p>Azam ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.<\/p>\n<p>\u201cSaya serah kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci, telus dan profesional. Pada saya, kedaulatan negara adalah isu serius yang perlu disiasat sedalam-dalamnya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis menggesa orang ramai supaya bersabar susulan siasatan terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara yang dikaitkan dengan seorang individu berpengaruh serta sebuah agensi media antarabangsa. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan sedang berjalan dan memerlukan penelitian menyeluruh sebelum sebarang tindakan diambil. Ujarnya, setiap laporan perlu diperiksa secara terperinci bagi memastikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":997,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3329,3328,626,374,2331,285,627,18,3211],"authors":[],"class_list":["post-7996","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-daim-zainuddin","tag-gugat","tag-igp","tag-kerajaan","tag-kpn","tag-madani","tag-mohd-khalid-ismail","tag-pmx","tag-sabotaj"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7996","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=7996"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7996\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7997,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/7996\/revisions\/7997"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=7996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=7996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=7996"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=7996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}