{"id":8002,"date":"2026-02-28T07:32:09","date_gmt":"2026-02-28T07:32:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8002"},"modified":"2026-02-28T07:32:13","modified_gmt":"2026-02-28T07:32:13","slug":"tiga-anak-daim-dikesan-keluar-negara-jim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiga-anak-daim-dikesan-keluar-negara-jim\/","title":{"rendered":"Tiga anak Daim dikesan keluar negara: JIM"},"content":{"rendered":"<p>Rekod Jabatan Imigresen mengesahkan tiga daripada empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, kini berada di luar negara ketika mereka sedang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata semakan mendapati ketiga-tiga individu berkenaan meninggalkan Malaysia pada hujung Januari dan awal Februari lalu.<\/p>\n<p>\u201cYa, saya sahkan mereka sudah keluar dari Malaysia kecuali seorang yang setakat ini tiada rekod pergerakan keluar,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan destinasi mereka kerana siasatan berada di bawah bidang kuasa SPRM.<\/p>\n<p>\u201cImigresen akan menyalurkan maklumat diperlukan oleh SPRM berdasarkan rekod jabatan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Semalam, SPRM memaklumkan empat anak Daim sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.<\/p>\n<p>Antara yang dinamakan ialah Asnida Abdul Daim dan Md Wira Dani Abdul Daim. Dua lagi ialah Muhammed Amir Zainuddin serta Muhammed Amin Zainuddin.<\/p>\n<p>SPRM dalam kenyataannya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu berkenaan supaya menghubungi pegawai penyiasat yang disenaraikan bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Kes ini menarik perhatian ramai memandangkan Daim merupakan tokoh korporat dan ahli politik berpengaruh yang pernah menerajui Kementerian Kewangan pada era 1980-an dan akhir 1990-an.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini turut dikaitkan dengan siasatan berhubung pengisytiharan harta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rekod Jabatan Imigresen mengesahkan tiga daripada empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, kini berada di luar negara ketika mereka sedang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata semakan mendapati ketiga-tiga individu berkenaan meninggalkan Malaysia pada hujung Januari dan awal Februari lalu. \u201cYa, saya sahkan mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7961,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[997,256,160,258,1430,3211,21],"authors":[],"class_list":["post-8002","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bloomberg","tag-daim","tag-imigresen","tag-luar-negara","tag-rekod","tag-sabotaj","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8002","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8002"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8002\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8003,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8002\/revisions\/8003"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7961"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8002"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8002"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8002"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8002"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}