{"id":8012,"date":"2026-02-28T17:17:32","date_gmt":"2026-02-28T17:17:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8012"},"modified":"2026-02-28T17:17:32","modified_gmt":"2026-02-28T17:17:32","slug":"ekonomi-makin-kukuh-tatakelola-dan-usaha-banteras-rasuah-jadi-kunci-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-makin-kukuh-tatakelola-dan-usaha-banteras-rasuah-jadi-kunci-anwar\/","title":{"rendered":"Ekonomi makin kukuh, tatakelola dan usaha banteras rasuah jadi kunci: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Prestasi ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan ketika ini disifatkan sebagai hasil pembaharuan tatakelola dan tindakan tegas membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi yang mampan, inflasi rendah serta peningkatan pelaburan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada komitmen berterusan kerajaan memperkukuh tadbir urus.<\/p>\n<p>\u201cIa terkait dengan isu governance. Tatakelola yang baik dapat mengelakkan rompakan harta negara dari orang yang berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cIa menghentikan amalan rasuah dan penyelewengan dana. Itu kita lakukan dan yang tentunya menjana pertumbuhan ekonomi,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kejayaan itu bukan digerakkan oleh menteri semata-mata, sebaliknya melibatkan kerjasama seluruh jentera kerajaan, penjawat awam serta sokongan sektor swasta dan institusi pengajian tinggi dalam merangka dasar ekonomi yang berkesan.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, ini benar-benar berlaku. Kita lihat prestasi bukan saja ringgit, malah pertumbuhan ekonomi tinggi, pelaburan terbesar dan inflasi yang rendah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sejak awal 2026, ringgit menunjukkan pengukuhan ketara berbanding dolar Amerika Syarikat, didorong sentimen pelaburan positif dan aliran masuk modal asing.<\/p>\n<p>Mata wang tempatan ditutup pada paras 3.8910\/8960 pada Jumaat lalu, selepas melepasi paras psikologi 4.00 pada Januari.<\/p>\n<p>Penganalisis turut menjangkakan ringgit berpotensi mencecah sekitar 3.78 hingga 3.80 berbanding dolar AS.<\/p>\n<p>Pada masa sama, kadar inflasi kekal rendah sekitar 1.3 hingga 1.6 peratus sejak hujung 2025, membantu mengekalkan kuasa beli rakyat.<\/p>\n<p>Ekonomi negara pula berkembang 5.2 peratus bagi keseluruhan 2025, dengan lonjakan 6.3 peratus pada suku keempat, disokong permintaan domestik kukuh dan pemulihan eksport.<\/p>\n<p>Mengulas tindakan penguatkuasaan, Anwar menegaskan kerajaan tidak berkompromi dalam isu rasuah.<\/p>\n<p>\u201cKepimpinan tak boleh mengizinkan perompakan harta rakyat. Tindakan mesti telus dan berani tanpa mengira kedudukan,\u201d katanya sambil menambah mesej itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prestasi ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan ketika ini disifatkan sebagai hasil pembaharuan tatakelola dan tindakan tegas membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi yang mampan, inflasi rendah serta peningkatan pelaburan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada komitmen berterusan kerajaan memperkukuh tadbir urus. \u201cIa terkait dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,285,18,24,394,3084],"authors":[],"class_list":["post-8012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-madani","tag-pmx","tag-rasuah","tag-ringgit","tag-tatakelola"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8013,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8012\/revisions\/8013"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8012"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}