{"id":8020,"date":"2026-02-28T17:43:59","date_gmt":"2026-02-28T17:43:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8020"},"modified":"2026-02-28T17:43:59","modified_gmt":"2026-02-28T17:43:59","slug":"ekonomi-negara-masih-stabil-walaupun-ketegangan-global-memuncak-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-negara-masih-stabil-walaupun-ketegangan-global-memuncak-pmx\/","title":{"rendered":"Ekonomi negara masih stabil walaupun ketegangan global memuncak: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan dasar ekonomi domestik negara kekal terkawal meskipun ketegangan geopolitik di luar negara semakin memuncak.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih mempunyai ruang untuk mengurus dasar ekonomi secara berhemah, termasuk memastikan kestabilan politik terus dipelihara bagi meningkatkan keyakinan pelabur.<\/p>\n<p>\u201cSelain keyakinan pelabur, kestabilan politik memberi kesan langsung kepada peningkatan pelaburan, peluang pekerjaan dan inflasi yang lebih terkawal,\u201d katanya ketika sesi santai bersama pelajar pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana.<\/p>\n<p>Beliau mengulas kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu di Timur Tengah susulan serangan melibatkan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran yang mencetuskan ketidaktentuan pasaran global.<\/p>\n<p>Menurutnya, terdapat faktor ekonomi yang berada dalam kawalan kerajaan dan ada juga yang dipengaruhi keadaan luar.<\/p>\n<p>\u201cBarang yang kita keluarkan dalam negara, harganya boleh dikawal. Tetapi barang import seperti makanan haiwan yang banyak dibawa masuk dari Ukraine, Rusia dan Eropah, terkesan dengan gangguan rantaian bekalan,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Anwar berkata, sekatan dan ketegangan di kawasan Yaman serta Laluan Laut Merah menyebabkan kos penghantaran meningkat hampir dua kali ganda, sekali gus memberi tekanan kepada harga barangan.<\/p>\n<p>\u201cItu sebabnya kita harap keamanan dapat dipulihkan segera supaya kos dapat distabilkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malaysia sebagai ekonomi terbuka sememangnya terdedah kepada turun naik pasaran global, khususnya dalam sektor perdagangan dan import makanan.<\/p>\n<p>Namun sejak mengambil alih pentadbiran pada 2022, kerajaan menekankan pendekatan fiskal berhemah dan kawalan inflasi bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mengikuti perkembangan makroekonomi semasa sebelum membuat sebarang keputusan dasar.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita luluskan semua tuntutan tanpa melihat kesan kepada defisit, akhirnya cukai terpaksa dinaikkan. Bila cukai naik, rakyat yang terbeban,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pengurusan ekonomi memerlukan imbangan antara keperluan rakyat dan disiplin fiskal agar pertumbuhan negara kekal mampan dalam suasana global yang tidak menentu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan dasar ekonomi domestik negara kekal terkawal meskipun ketegangan geopolitik di luar negara semakin memuncak. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih mempunyai ruang untuk mengurus dasar ekonomi secara berhemah, termasuk memastikan kestabilan politik terus dipelihara bagi meningkatkan keyakinan pelabur. \u201cSelain keyakinan pelabur, kestabilan politik memberi kesan langsung kepada peningkatan pelaburan, peluang pekerjaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8021,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,170,2401,3332,68,3333,582,18,928],"authors":[],"class_list":["post-8020","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-anwar-ibrahim","tag-dasar","tag-domestik","tag-ekonomi","tag-geopolitik","tag-iran","tag-pmx","tag-serangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8020","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8020"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8020\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8022,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8020\/revisions\/8022"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8021"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8020"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8020"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8020"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8020"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}