{"id":8025,"date":"2026-02-28T17:58:22","date_gmt":"2026-02-28T17:58:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8025"},"modified":"2026-02-28T17:58:22","modified_gmt":"2026-02-28T17:58:22","slug":"siasatan-kes-pijak-al-quran-sedang-jalan-jangan-buat-spekulasi-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-kes-pijak-al-quran-sedang-jalan-jangan-buat-spekulasi-anwar\/","title":{"rendered":"Siasatan kes pijak al-Quran sedang jalan, jangan buat spekulasi: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan berdiam diri dalam isu penghinaan agama melibatkan tindakan memijak al-Quran adalah tidak berasas.<\/p>\n<p>Beliau berkata siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan dipandu emosi atau tekanan awam.<\/p>\n<p>\u201cNegara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan Malaysia sebagai negara berdaulat yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang perlu memastikan setiap tindakan diambil berlandaskan proses perundangan yang adil dan telus.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan tanpa mencetuskan spekulasi yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat majmuk.<\/p>\n<p>Kes berkenaan mendapat perhatian meluas selepas media melaporkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah direman bagi membantu siasatan kerana didakwa menghina agama Islam dengan memijak al-Quran.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, memaklumkan kertas siasatan telah dilengkapkan, manakala Ketua Polis Daerah Kuantan Ashari Abu Samah berkata tempoh reman lelaki berusia 21 tahun itu disambung hingga 3 Mac atas arahan Timbalan Pendakwa Raya bagi melengkapkan beberapa tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Isu penghinaan agama bukan perkara baharu dalam landskap global mahupun tempatan.<\/p>\n<p>Pada Januari 2023, Anwar menegaskan Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan membakar atau mencemarkan kitab suci mana-mana agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu.<\/p>\n<p>Ketika itu, beliau turut mengutuk tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan, yang membakar naskhah al-Quran di Sweden.<\/p>\n<p>Sebagai respons, Malaysia menggerakkan inisiatif mencetak dan mengedarkan sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia sebagai simbol solidariti dan mesej bahawa penghormatan terhadap agama perlu dipertahankan.<\/p>\n<p>Anwar sekali lagi mengingatkan dalam menangani isu sensitif berkaitan agama, semua pihak perlu bertindak secara matang dan berhemah demi memastikan keamanan serta perpaduan negara terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan berdiam diri dalam isu penghinaan agama melibatkan tindakan memijak al-Quran adalah tidak berasas. Beliau berkata siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan dipandu emosi atau tekanan awam. \u201cNegara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,\u201d katanya dalam satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3297,13,285,773,3296,18,885,402],"authors":[],"class_list":["post-8025","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-al-quran","tag-anwar","tag-madani","tag-pelajar","tag-pijak","tag-pmx","tag-tindakan","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8025","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8025"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8025\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8026,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8025\/revisions\/8026"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8025"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8025"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8025"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8025"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}