{"id":803,"date":"2025-06-15T04:31:47","date_gmt":"2025-06-15T04:31:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=803"},"modified":"2025-06-15T04:31:47","modified_gmt":"2025-06-15T04:31:47","slug":"pn-cadang-batal-perluasan-skop-sst-bimbang-rakyat-terkesan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pn-cadang-batal-perluasan-skop-sst-bimbang-rakyat-terkesan\/","title":{"rendered":"PN cadang batal perluasan skop SST, bimbang rakyat terkesan"},"content":{"rendered":"<p>Langkah perluasan skop pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak disokong Perikatan Nasional (PN) yang mahu ia dibatalkan kerajaan sehingga ada kerangka cukai yang holistik dan jelas.<\/p>\n<p>Ketua Penerangannya, Dr Radzi Jidin berkata kebimbangan itu disuarakan kerana langkah diambil kerajaan bakal memberi tekanan kepada rakyat dan peniaga ekoran ia hampir serentak dengan kenaikan tarif asas elektrik serta subsidi bersasar RON95.<\/p>\n<p>\u201cRakyat dan peniaga masih lagi merasai impak berganda dan berantai daripada dasar-dasar yang dilaksanakan pada tahun 2024.<\/p>\n<p>\u201cRujuk kembali kenaikan kadar SST daripada 6 peratus kepada 8 peratus dan peluasan skopnya termasuk sektor logistik pada 1 Mac 2024, serta kenaikan harga diesel sebanyak 56 peratus pada 10 Jun 2024.<\/p>\n<p>\u201cKesemua ini telah melonjakkan kos sara hidup serta kos pengeluaran dan operasi perniagaan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, memasuki 2025, negara bermula dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, terutamanya akibat daripada kenaikan kadar dan perluasan skop SST serta kenaikan harga diesel yang dilaksanakan pada tahun 2024<\/p>\n<p>\u201cKenaikan gaji minimum pada 1 Februari 2025 turut diambil kira oleh peniaga dalam menentukan kos keseluruhan operasi dan penetapan harga.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada awal 2025, berpunca daripada konflik geopolitik dan perang dagang global, turut menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran dan operasi perniagaan di Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelasnya lagi, apabila harga barangan dan perkhidmatan meningkat, amat sukar untuk ia kembali turun, sekali gus memeritkan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMeskipun peluasan skop SST ini ditangguh daripada 1 Mei 2025 kepada 1 Julai 2025 kerana masih diperincikan, ia memberi gambaran kerajaan masih belum bersedia dan tidak mempunyai kerangka percukaian yang jelas.<\/p>\n<p>\u201cSST akan memberi kesan kepada rakyat dan peniaga di pelbagai peringkat. Kerajaan kata ia hanya difokus kepada barangan premium dan tidak membebankan rakyat terbanyak adalah mengelirukan dan tidak bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Radzi menambah, perluasan skop cukai perkhidmatan pula melibatkan pengenaan cukai 8 peratus kepada perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai, termasuk sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan dan pendidikan.<\/p>\n<p>\u201cKami kecewa apabila mendengar pihak industri yang mendakwa tiada libat urus mendalam dibuat berkaitan pengenaan cukai terhadap perkhidmatan baharu tersebut.<\/p>\n<p>\u201cIni dibimbangi akan memberi kesan bertindih dan berganda, seterusnya meningkatkan kos operasi peniaga yang akan ditanggung oleh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKetidakstabilan dalam polisi cukai kerajaan akan memberi isyarat negatif serta mewujudkan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur sama ada trend kenaikan kadar cukai dan perluasan skop ini akan berterusan,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Tambah Ahli Parlimen Putrajaya itu, pihaknya turut bimbang terhadap kenaikan tarif asas elektrik yang diumum TNB akan berkuat kuasa 1 Julai 2025.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun kerajaan menyatakan ia tidak melibatkan 85 peratus pengguna domestik, tetapi kenaikan kos tenaga elektrik pasti akan memberi kesan besar kepada komuniti peniaga, yang akhirnya akan diterjemahkan kepada kenaikan harga kepada pengguna dan tentunya rakyat terbanyak akan terkesan.<\/p>\n<p>\u201cTidak hanya itu, pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 pada pertengahan 2025, bagaimana takrifan kumpulan 15 peratus teratas (T15) yang akan membayar harga lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cKenaikan harga petrol akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rantaian bekalan, menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat, termasuk mereka yang bukan dalam kumpulan T15.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, pelaksanaan hampir serentak perluasan skop cukai SST, kenaikan tarif asas elektrik dan subsidi bersasar dalam separuh kedua tahun 2025 akan terus menekan dan memberikan kesan yang memeritkan buat rakyat dan peniaga,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Langkah perluasan skop pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak disokong Perikatan Nasional (PN) yang mahu ia dibatalkan kerajaan sehingga ada kerangka cukai yang holistik dan jelas. Ketua Penerangannya, Dr Radzi Jidin berkata kebimbangan itu disuarakan kerana langkah diambil kerajaan bakal memberi tekanan kepada rakyat dan peniaga ekoran ia hampir serentak dengan kenaikan tarif asas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":804,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,374,285,541,540,481],"authors":[],"class_list":["post-803","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-kerajaan","tag-madani","tag-perikatan-nasional","tag-radzi-jidin","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":805,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/803\/revisions\/805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=803"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}