{"id":8033,"date":"2026-03-01T08:05:45","date_gmt":"2026-03-01T08:05:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8033"},"modified":"2026-03-01T08:05:45","modified_gmt":"2026-03-01T08:05:45","slug":"jangan-salah-guna-kebebasan-bersuara-hina-agama-abim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-salah-guna-kebebasan-bersuara-hina-agama-abim\/","title":{"rendered":"Jangan salah guna kebebasan bersuara hina agama: ABIM"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Belia Islam Malaysia (Angkatan Belia Islam Malaysia) menyifatkan kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina mana-mana agama, khususnya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia yang berteraskan prinsip saling menghormati.<\/p>\n<p>Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, setiap hak perlu datang bersama tanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cABIM mengecam sekeras-kerasnya tindakan memuat naik gambar memijak al-Quran yang telah mencetuskan kemarahan dan kegusaran dalam kalangan umat Islam. Lebih mendukacitakan, insiden ini berlaku dalam Ramadan, bulan yang dimuliakan sebagai bulan turunnya al-Quran,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan pada 25 Februari lalu bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam menerusi media sosial.<\/p>\n<p>Setakat semalam, sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes tersebut.<\/p>\n<p>Ahmad Fahmi menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak beradab dan melampaui batas kebebasan bersuara, malah berpotensi menggugat keharmonian antara kaum dan agama.<\/p>\n<p>Menurutnya, penghinaan terhadap mana-mana agama mesti disiasat dan diambil tindakan berdasarkan undang-undang secara adil dan telus.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi isu berkenaan demi kepentingan politik atau meniup sentimen perkauman.<\/p>\n<p>Pada masa sama, umat Islam juga diingatkan supaya tidak bertindak di luar kerangka undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cRamadan mengajar kita disiplin diri dan kawalan emosi. Mempertahankan maruah agama mesti dilakukan melalui saluran yang sah, beradab dan berhemah,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama telah lama mengekalkan keharmonian melalui Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama serta kebebasan bersuara, namun tertakluk kepada batas undang-undang.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Ahmad Fahmi menekankan keperluan memperkukuh pendidikan literasi agama dan kenegaraan agar masyarakat lebih memahami sensitiviti simbol serta amalan keagamaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Belia Islam Malaysia (Angkatan Belia Islam Malaysia) menyifatkan kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina mana-mana agama, khususnya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia yang berteraskan prinsip saling menghormati. Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, setiap hak perlu datang bersama tanggungjawab. \u201cABIM mengecam sekeras-kerasnya tindakan memuat naik gambar memijak al-Quran yang telah mencetuskan kemarahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6287,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2779,1681,3297,357,3296],"authors":[],"class_list":["post-8033","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abim","tag-agama","tag-al-quran","tag-hina","tag-pijak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8033","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8033"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8033\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8034,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8033\/revisions\/8034"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6287"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8033"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}