{"id":806,"date":"2025-06-15T04:47:21","date_gmt":"2025-06-15T04:47:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=806"},"modified":"2025-06-15T04:47:21","modified_gmt":"2025-06-15T04:47:21","slug":"syarikat-untung-berbilion-perlu-bayar-upah-tinggi-pekerja-golongan-muda-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syarikat-untung-berbilion-perlu-bayar-upah-tinggi-pekerja-golongan-muda-pmx\/","title":{"rendered":"Syarikat untung berbilion perlu bayar upah tinggi pekerja golongan muda: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil berat peranan golongan muda dalam pembangunan negara, justeru pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan bagi memperkasakan mereka, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata keutamaan dalam dasar dan polisi negara menekankan keutamaan kepada kumpulan belia yang akan menjadi penentu masa depan dan mengumumkan pelaksanaan Skim Gaji Perkhidmatan Awam (SSIP) serta arahan kepada GLC dan GLIC untuk menaikkan gaji minimum.<\/p>\n<p>\u201cAda syarikat untung berbilion tapi gaji pekerja masih rendah. Kita beri isyarat jelas, untung tinggi mesti diterjemah kepada upah yang lebih baik kepada pekerja terutama anak muda. Ini hanya berlaku di bawah kerajaan Madani,\u201d katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2025 malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar juga mengiktiraf disiplin dan semangat kerja anak muda sebagai sebab utama syarikat-syarikat gergasi seperti Google, Microsoft, Nvidia dan Infineon memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.<\/p>\n<p>Katanya, semua syarikat ini memilih Malaysia kerana disiplin dan semangat pekerja khususnya anak muda dan bukan kerana politik semata-mata.<\/p>\n<p>Anwar juga menggesa generasi muda tidak leka atau mudah diperdaya dengan politik sempit sebaliknya perlu membina keyakinan diri berlandaskan iman, ilmu dan pencerahan.<\/p>\n<p>\u201cYakin kerana iman kita, yakin kerana ilmu kita, yakin kerana pencerahan kita. Tidak mudah diperdaya. Tidak merendah dan menghina orang lain sama ada sesama kaum atau kaum lain.<\/p>\n<p>\u201cYakin dengan keupayaan negara ini untuk diangkat sebagai antara negara hebat di rantau ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Sementara itu, Anwar turut menyentuh pencapaian dalam bidang pendidikan dan kemahiran termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kini menjadi pilihan ramai pada masa kini.<\/p>\n<p>\u201cDulu susah nak suruh anak masuk TVET. Sekarang semua perkhidmatan baru, digital, tenaga, AI, pusat data semua perlukan tenaga mahir dan TVET. Tahun ini sahaja, permohonan ke TVET mencecah 140,000 orang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak tambahan daripada RM3 juta kepada RM4 juta untuk Majlis Belia Malaysia (MBM) serta menyatakan komitmen kerajaan dalam menyegerakan dana bagi penubuhan Akdemi Sepak Takraw Malaysia.<\/p>\n<p>\u201dSejak beberapa hari lepas, saya ke sana sini. Umum peruntukan tambahan. Kenapa kita boleh senang berikan dana tambahan.. kerana Kerajaan Madani cermat, tatakelolanya dijaga dan tidak izinkan pemimpinnya sakau duit rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, Anwar juga sempat menyeru agar anak muda tidak lagi terpedaya dengan retorik politikus yang memperalatkan semangat Melayu namun ketika berkuasa merompak harta rakyat termasuk tanah rizab Melayu.<\/p>\n<p>\u201cJangan lagi tertipu. Ada orang masa tiada kuasa, laung perjuangan Melayu. Bila dapat kuasa, tanah rizab Melayu pun mereka ambil. Cukup-cukuplah.<\/p>\n<p>\u201dNegara ini milik kita bersama tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, semua boleh duduk bersama,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengambil berat peranan golongan muda dalam pembangunan negara, justeru pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan bagi memperkasakan mereka, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata keutamaan dalam dasar dan polisi negara menekankan keutamaan kepada kumpulan belia yang akan menjadi penentu masa depan dan mengumumkan pelaksanaan Skim Gaji Perkhidmatan Awam (SSIP) serta arahan kepada GLC dan GLIC [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":807,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[544,13,542,106,543,285,18,520],"authors":[],"class_list":["post-806","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anak-muda","tag-anwar","tag-belia","tag-gaji","tag-hari","tag-madani","tag-pmx","tag-tvet"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/806","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=806"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/806\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":808,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/806\/revisions\/808"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/807"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=806"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=806"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=806"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=806"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}