{"id":8075,"date":"2026-03-02T06:27:06","date_gmt":"2026-03-02T06:27:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8075"},"modified":"2026-03-02T06:27:06","modified_gmt":"2026-03-02T06:27:06","slug":"keselamatan-rakyat-malaysia-di-asia-barat-jadi-keutamaan-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keselamatan-rakyat-malaysia-di-asia-barat-jadi-keutamaan-kerajaan\/","title":{"rendered":"Keselamatan rakyat Malaysia di Asia Barat jadi keutamaan kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan lebih 29,112 rakyat Malaysia yang kini berada di Asia Barat menjadi keutamaan susulan ketegangan terbaharu melibatkan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat Malaysia yang bekerja, menetap, melancong dan menunaikan umrah di rantau itu sentiasa dilindungi.<\/p>\n<p>\u201cTentunya sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin keselamatan,\u201d katanya ketika mengemukakan usul mengutuk serangan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, konflik yang semakin memuncak telah menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan antarabangsa, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Ramai dilaporkan terkandas susulan penutupan ruang udara di beberapa negara Asia Barat.<\/p>\n<p>\u201cRamai terkandas akibat penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan. Sebahagiannya memang sudah menetap dan bekerja di sana. Sebahagian lagi adalah pelancong dan jemaah umrah,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Anwar memaklumkan antara negara yang menempatkan rakyat Malaysia paling ramai ketika ini ialah Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jordan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Kementerian Luar melalui Wisma Putra bersama kedutaan Malaysia di negara terlibat sedang memantau situasi secara dekat serta menghubungi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular.<\/p>\n<p>\u201cPenerbangan dibolehkan dari Arab Saudi tetapi dari negara lain masih lagi belum mendapat kepastian,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Ketegangan di Asia Barat kembali memuncak selepas tindakan ketenteraan terbaharu yang mencetuskan kebimbangan global terhadap keselamatan awam dan kestabilan serantau.<\/p>\n<p>Beberapa negara mengambil langkah menutup atau mengehadkan ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga, sekali gus memberi kesan langsung kepada pergerakan ribuan warga asing, termasuk rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Kerajaan menegaskan komitmen untuk terus memantau perkembangan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di rantau berkenaan kekal terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan lebih 29,112 rakyat Malaysia yang kini berada di Asia Barat menjadi keutamaan susulan ketegangan terbaharu melibatkan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat Malaysia yang bekerja, menetap, melancong dan menunaikan umrah di rantau itu sentiasa dilindungi. \u201cTentunya sebagai kerajaan, kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8021,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,637,582,309,928,3343],"authors":[],"class_list":["post-8075","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-asia-barat","tag-iran","tag-parlimen","tag-serangan","tag-warga-malaysia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8075","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8075"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8075\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8076,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8075\/revisions\/8076"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8021"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8075"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8075"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8075"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8075"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}