{"id":8079,"date":"2026-03-02T06:48:36","date_gmt":"2026-03-02T06:48:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8079"},"modified":"2026-03-02T06:48:37","modified_gmt":"2026-03-02T06:48:37","slug":"amk-bidas-pihak-manipulasi-kenyataan-melalak-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-bidas-pihak-manipulasi-kenyataan-melalak-pmx\/","title":{"rendered":"AMK bidas pihak manipulasi kenyataan \u2018melalak\u2019 PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menggunakan istilah \u201cmelalak\u201d berhubung isu penghinaan terhadap al-Quran tidak seharusnya dipetik di luar konteks sehingga menimbulkan persepsi mengelirukan.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, istilah tersebut merujuk kepada sikap segelintir pihak yang didakwa tergesa-gesa menuduh kerajaan gagal bertindak, sedangkan siasatan dan proses penguatkuasaan sedang berjalan mengikut lunas undang-undang.<\/p>\n<p>Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri itu bukan ditujukan kepada mana-mana individu atau kumpulan tertentu, sebaliknya sebagai peringatan agar tidak membuat tuduhan melulu yang boleh mengeruhkan keadaan.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya, individu yang terlibat dalam perbuatan menghina al-Quran telah pun ditahan dan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa. Fakta ini jelas membuktikan kerajaan tidak berdiam diri,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Isu berkenaan tercetus selepas beberapa pihak mendakwa tiada tindakan diambil terhadap individu yang menghina kitab suci tersebut.<\/p>\n<p>Menerusi media sosial, Anwar menegaskan, \u201cMelalak \u2018tiada tindakan\u2019 tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen.\u201d<\/p>\n<p>Antara yang mempersoalkan kenyataan itu ialah Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden serta Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menegaskan Malaysia sebagai negara hukum perlu memastikan setiap tindakan diambil berasaskan peruntukan undang-undang, bukannya tekanan politik atau sentimen semasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, dalam isu melibatkan sensitiviti agama dan keharmonian kaum, tindakan tergesa-gesa tanpa proses sah boleh mencetuskan ketegangan lebih besar.<\/p>\n<p>\u201cKetegasan mesti disertai kebijaksanaan dan keadilan perlu ditegakkan melalui proses yang telus serta profesional,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menolak naratif yang menggambarkan kerajaan lemah atau tidak bertindak, sambil menyifatkan kenyataan Anwar sebagai teguran terhadap budaya politik yang gemar membakar sentimen sebelum fakta lengkap diperoleh.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, AMK menyeru semua pihak menghentikan manipulasi isu berkenaan demi kepentingan politik sempit dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan siasatan tanpa gangguan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menggunakan istilah \u201cmelalak\u201d berhubung isu penghinaan terhadap al-Quran tidak seharusnya dipetik di luar konteks sehingga menimbulkan persepsi mengelirukan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, istilah tersebut merujuk kepada sikap segelintir pihak yang didakwa tergesa-gesa menuduh kerajaan gagal bertindak, sedangkan siasatan dan proses penguatkuasaan sedang berjalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3297,164,13,3344,960,3296,18],"authors":[],"class_list":["post-8079","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-al-quran","tag-amk","tag-anwar","tag-melalak","tag-muhammad-kamil-abdul-munim","tag-pijak","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8079","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8079"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8079\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8080,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8079\/revisions\/8080"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8079"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8079"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8079"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8079"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}