{"id":8087,"date":"2026-03-02T15:09:51","date_gmt":"2026-03-02T15:09:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8087"},"modified":"2026-03-02T15:09:51","modified_gmt":"2026-03-02T15:09:51","slug":"bacaan-kedua-ruu-had-10-tahun-jawatan-penggal-pm-gagal-diluluskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bacaan-kedua-ruu-had-10-tahun-jawatan-penggal-pm-gagal-diluluskan\/","title":{"rendered":"Bacaan kedua RUU had 10 tahun jawatan penggal PM gagal diluluskan"},"content":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal melepasi undian bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini selepas tidak memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Dalam undian belah bahagian, Speaker Johari Abdul mengumumkan keputusan sebanyak 146 ahli Parlimen menyokong RUU itu, manakala 44 berkecuali dan 32 tidak hadir.<\/p>\n<p>\u201cSaya bacakan keputusan belah-bahagian, tidak hadir 32, tak undi 44 dan setuju 146,\u201d kata Johari.<\/p>\n<p>Pindaan itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Dewan Rakyat kerana ia melibatkan perubahan kepada Perlembagaan.<\/p>\n<p>Seramai 41 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung sehingga lewat petang.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RUU berkenaan menegaskan cadangan itu tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik perdana menteri atau kuasa Dewan Rakyat menentukan sokongan majoriti.<\/p>\n<p>Menurutnya, had tempoh hanya bertujuan memperkukuh akauntabiliti jawatan eksekutif tertinggi negara.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said turut mempertahankan langkah tersebut.<\/p>\n<p>\u201cIsu ini bukan mengenai mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya untuk memperkemaskan prinsip akauntabiliti pada jawatan eksekutif tertinggi tanpa mengubah struktur pelantikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cadangan had dua penggal ini sebelum ini pernah dibangkitkan beberapa parti sebagai sebahagian agenda reformasi institusi, namun perbezaan pandangan politik terus menjadi penghalang utama untuk ia direalisasikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal melepasi undian bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini selepas tidak memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi pindaan Perlembagaan Persekutuan. Dalam undian belah bahagian, Speaker Johari Abdul mengumumkan keputusan sebanyak 146 ahli Parlimen menyokong RUU itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":126,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3345,947,2860,3346,309,310],"authors":[],"class_list":["post-8087","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-10-tahun","tag-dewan-rakyat","tag-had-tempoh","tag-jawatan-pm","tag-parlimen","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8087"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8087\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8088,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8087\/revisions\/8088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/126"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8087"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}