{"id":8089,"date":"2026-03-02T15:13:59","date_gmt":"2026-03-02T15:13:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8089"},"modified":"2026-03-02T15:13:59","modified_gmt":"2026-03-02T15:13:59","slug":"tun-faisal-bidas-ronald-tak-layak-tentukan-siapa-ketua-pembangkang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tun-faisal-bidas-ronald-tak-layak-tentukan-siapa-ketua-pembangkang\/","title":{"rendered":"Tun Faisal bidas Ronald tak layak tentukan siapa Ketua Pembangkang"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bukan tanggungjawab Ronald Kiandee untuk menentukan siapa yang memegang jawatan Ketua Pembangkang.<\/p>\n<p>Tun Faisal mempersoalkan tindakan bekas Naib Presiden Bersatu berkenaan yang mengumpulkan sokongan 12 Ahli Parlimen bagi mengekalkan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cBeliau dan Ahli-ahli Parlimen terbabit masih terikat dengan keputusan dasar parti serta Perikatan Nasional. Bukan tugas beliau menentukan kedudukan ketua pembangkang,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Kontroversi itu timbul susulan sepucuk surat bertarikh 24 Februari 2026 yang dikatakan dihantar Ronald kepada Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan.<\/p>\n<p>Surat tersebut menyatakan 13 Ahli Parlimen Bersatu menyokong Ahli Parlimen Larut, Hamzah untuk terus memegang jawatan ketua pembangkang.<\/p>\n<p>Antara yang dilaporkan menyokong pendirian itu termasuk Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Tun Faisal mengingatkan Hamzah telah dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.<\/p>\n<p>Selain itu, Mesyuarat Majlis Presiden dan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN pada 22 Februari memutuskan jawatan ketua pembangkang dikosongkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan itu membuka ruang kepada PAS untuk menamakan calon baharu daripada parti berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan dasar PN ini menyebabkan Ahli Parlimen Larut tidak lagi mempunyai locus standi untuk mewakili Bersatu atau PN. Statusnya kini adalah Ahli Parlimen Bebas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua Ahli Parlimen Bersatu tertakluk kepada Perlembagaan parti, termasuk peruntukan yang menyatakan mana-mana wakil rakyat yang ingkar arahan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh terhenti keahlian secara serta-merta.<\/p>\n<p>\u201cAhli-ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan dasar perjuangan parti. Sumpah dan baiah yang dilafazkan menuntut kesetiaan selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bukan tanggungjawab Ronald Kiandee untuk menentukan siapa yang memegang jawatan Ketua Pembangkang. Tun Faisal mempersoalkan tindakan bekas Naib Presiden Bersatu berkenaan yang mengumpulkan sokongan 12 Ahli Parlimen bagi mengekalkan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang. \u201cBeliau dan Ahli-ahli Parlimen terbabit masih terikat dengan keputusan dasar parti serta Perikatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1035,1847,309,276,1223,2999],"authors":[],"class_list":["post-8089","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah-zainuddin","tag-ketua-pembangkang","tag-parlimen","tag-pecat","tag-ronald-kiandee","tag-tun-faisal-ismail-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8089","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8089"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8089\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8090,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8089\/revisions\/8090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8089"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8089"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8089"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8089"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}