{"id":8101,"date":"2026-03-03T07:52:42","date_gmt":"2026-03-03T07:52:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8101"},"modified":"2026-03-03T07:52:42","modified_gmt":"2026-03-03T07:52:42","slug":"80-peratus-kandungan-lucah-dalam-talian-sudah-diturunkan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/80-peratus-kandungan-lucah-dalam-talian-sudah-diturunkan-fahmi\/","title":{"rendered":"80 peratus kandungan lucah dalam talian sudah diturunkan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memohon penurunan sebanyak 6,481 kandungan berunsur lucah daripada pelbagai platform dalam talian sejak 1 Januari 2022 hingga Ahad lalu, dengan 80 peratus daripadanya sudah diturunkan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5,203 kandungan telah dipadam oleh penyedia platform selepas menerima permohonan rasmi daripada MCMC.<\/p>\n<p>\u201cTindakan penurunan kandungan dibuat berdasarkan aduan yang diterima, garis panduan komuniti platform serta undang-undang tempatan yang berkuat kuasa,\u201d katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung langkah baharu kerajaan bagi mengekang laman web pornografi yang didakwa semakin berleluasa.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, dalam tempoh sama, sebanyak 4,380 laman sesawang berunsur lucah turut disekat hasil permohonan MCMC kepada penyedia perkhidmatan internet dan platform berkaitan.<\/p>\n<p>Isu keselamatan dalam talian menjadi fokus kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan peningkatan aduan berkaitan kandungan tidak bermoral dan eksploitasi digital.<\/p>\n<p>Seiring perkembangan itu, kerajaan mula menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian 2026 (Akta 866) pada 1 Januari lalu bagi memperkukuh kawal selia terhadap kandungan memudaratkan.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, akta baharu itu mewajibkan pemberi perkhidmatan aplikasi serta aplikasi kandungan mendapatkan lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>\u201cSejak penguatkuasaan Akta 866, MCMC telah mengemukakan permohonan penurunan enam kandungan lucah dan kesemuanya berjaya diturunkan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Dalam usaha meningkatkan kesedaran awam, Kempen Internet Selamat diperluas ke seluruh negara dengan pelaksanaan di 9,383 sekolah dan institusi pengajian tinggi melibatkan lebih 472,000 murid dan pelajar.<\/p>\n<p>Selain itu, 554 program kesedaran turut dianjurkan kepada masyarakat umum dengan penyertaan melebihi 426,000 orang sejak 2025 hingga 1 Mac lalu.<\/p>\n<p>Menjawab soalan tambahan mengenai sasaran menoktahkan akses ke laman web pornografi, Fahmi berkata kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik termasuk tindakan undang-undang terhadap pembangun laman atau aplikasi berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cBagi yang beroperasi di luar negara, kita perlukan kerjasama antarabangsa dan itu ada cabarannya. Pada masa sama, kita perlu jadi contoh dalam keluarga dan masyarakat supaya tidak menormalisasikan budaya ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memohon penurunan sebanyak 6,481 kandungan berunsur lucah daripada pelbagai platform dalam talian sejak 1 Januari 2022 hingga Ahad lalu, dengan 80 peratus daripadanya sudah diturunkan. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5,203 kandungan telah dipadam oleh penyedia platform selepas menerima permohonan rasmi daripada MCMC. \u201cTindakan penurunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[698,49,35,184,1368,16,405],"authors":[],"class_list":["post-8101","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dewan-negara","tag-fahmi-fadzil","tag-kandungan","tag-komunikasi","tag-lucah","tag-mcmc","tag-media-sosial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8101","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8101"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8101\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8102,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8101\/revisions\/8102"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8101"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8101"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8101"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8101"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}