{"id":8122,"date":"2026-03-03T23:18:21","date_gmt":"2026-03-03T23:18:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8122"},"modified":"2026-03-03T23:18:21","modified_gmt":"2026-03-03T23:18:21","slug":"1600-jemaah-umrah-malaysia-terkandas-di-arab-saudi-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/1600-jemaah-umrah-malaysia-terkandas-di-arab-saudi-laporan\/","title":{"rendered":"1,600 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Kira-kira 1,600 jemaah umrah Malaysia kini terkandas di Arab Saudi susulan pembatalan dan gangguan penerbangan akibat konflik yang memuncak di Asia Barat.<\/p>\n<p>Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, berkata kebanyakan jemaah yang terjejas berada di Jeddah, Makkah dan Madinah, namun keadaan mereka dilaporkan selamat dan situasi di tiga bandar suci itu masih terkawal.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, mereka berada dalam keadaan baik dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di Makkah, Madinah dan Jeddah,\u201d katanya dipetik dalam rancangan Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV.<\/p>\n<p>Gangguan itu berlaku apabila beberapa negara di Asia Barat menutup atau mengehadkan ruang udara masing-masing sebagai langkah keselamatan susulan ketegangan geopolitik yang semakin meruncing.<\/p>\n<p>Langkah berkenaan memberi kesan langsung kepada operasi penerbangan komersial antarabangsa, termasuk laluan ke dan dari Arab Saudi.<\/p>\n<p>Kebanyakan jemaah terbabit dijadualkan pulang ke tanah air menggunakan penerbangan Malaysia Airlines serta syarikat lain seperti Qatar Airways, Emirates dan Etihad.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, masih terdapat penerbangan terus dari Jeddah ke Kuala Lumpur melalui Saudia Airlines, selain perkhidmatan AirAsia yang beroperasi secara terhad.<\/p>\n<p>\u201cRamai jemaah mengambil inisiatif menukar tiket kepada Saudia Airlines dan beberapa kumpulan telah berjaya pulang. Malaysia Airlines juga menyediakan penginapan kepada jemaah yang sepatutnya pulang dengan syarikat itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah membuka bilik operasi 24 jam bagi memantau perkembangan semasa dan menyelaras bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas.<\/p>\n<p>Seramai 19 pelajar Malaysia yang terkandas akibat penutupan ruang udara Jordan turut ditempatkan sementara di konsulat dan apartmen perkhidmatan sebelum dibawa pulang dengan bas khas yang disewa.<\/p>\n<p>Tengku Mohd Dzaraif berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan menilai keperluan penerbangan khas sekiranya konflik berpanjangan.<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini kita terus memantau situasi. Syarikat penerbangan juga sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyambung semula operasi seperti biasa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kira-kira 1,600 jemaah umrah Malaysia kini terkandas di Arab Saudi susulan pembatalan dan gangguan penerbangan akibat konflik yang memuncak di Asia Barat. Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, berkata kebanyakan jemaah yang terjejas berada di Jeddah, Makkah dan Madinah, namun keadaan mereka dilaporkan selamat dan situasi di tiga bandar suci [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8123,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[637,582,2125,294,3340,38,2135,583,3352],"authors":[],"class_list":["post-8122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asia-barat","tag-iran","tag-jemaah","tag-konflik","tag-madinah","tag-malaysia","tag-mekah","tag-perang","tag-umrah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8124,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8122\/revisions\/8124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8122"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}