{"id":8125,"date":"2026-03-03T23:23:40","date_gmt":"2026-03-03T23:23:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8125"},"modified":"2026-03-03T23:23:40","modified_gmt":"2026-03-03T23:23:40","slug":"sultan-pahang-bertitah-murka-dan-kesal-dengan-individu-hina-al-quran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sultan-pahang-bertitah-murka-dan-kesal-dengan-individu-hina-al-quran\/","title":{"rendered":"Sultan Pahang bertitah murka dan kesal dengan individu hina al-Quran"},"content":{"rendered":"<p>Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa kesal terhadap insiden seorang mahasiswa sebuah universiti awam di Pahang yang didakwa memijak naskhah al-Quran, menyifatkannya sebagai perbuatan biadab yang menggugat keharmonian negeri dan negara.<\/p>\n<p>Baginda bertitah, tindakan tersebut lebih menyedihkan kerana berlaku dalam bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cPerbuatan ini bukan sahaja sangat biadab, bahkan satu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang dibina atas asas saling menghormati,\u201d titah baginda ketika berangkat merasmikan Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Felda Jengka 19.<\/p>\n<p>Menurut baginda, isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyentuh kesucian wahyu dan maruah umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cApabila al-Quran dipijak, yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Dalam hal ini, saya menegaskan bahawa apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah satu pilihan,\u201d titah baginda lagi.<\/p>\n<p>Sebagai Ketua dan Pelindung Agama Islam Negeri Pahang, baginda menegaskan sebarang penghinaan terhadap Islam wajib ditangani secara tegas mengikut lunas undang-undang.<\/p>\n<p>Namun, baginda mengingatkan agar tindakan mempertahankan agama tidak dilakukan secara melulu atau didorong emosi.<\/p>\n<p>Memetik kata-kata tokoh ulama, Buya Hamka, baginda menjelaskan ungkapan \u201cjika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kapan\u201d bukan seruan keganasan, sebaliknya peringatan tentang tanggungjawab moral umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cIslam menuntut ketegasan, tetapi dalam lingkungan keadilan. Kita tidak boleh membiarkan penghinaan berlaku, namun kita juga tidak boleh membalas dengan tindakan yang meruntuhkan keamanan,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut menegaskan kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama dan menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum serta kepercayaan supaya saling menghormati kitab suci masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cKita semua hendak tinggal di bumi Pahang ini dalam suasana aman sentosa, harmoni dan semangat muhibah yang sentiasa terpelihara,\u201d titah baginda, sambil menambah kemajuan negeri hanya bermakna sekiranya akhlak dan nilai spiritual terus dipelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa kesal terhadap insiden seorang mahasiswa sebuah universiti awam di Pahang yang didakwa memijak naskhah al-Quran, menyifatkannya sebagai perbuatan biadab yang menggugat keharmonian negeri dan negara. Baginda bertitah, tindakan tersebut lebih menyedihkan kerana berlaku dalam bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan umat Islam. \u201cPerbuatan ini bukan sahaja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5667,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3297,357,3353,3296,2584,2997],"authors":[],"class_list":["post-8125","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-al-quran","tag-hina","tag-murka","tag-pijak","tag-sultan-abdullah","tag-sultan-pahang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8125","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8125"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8125\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8126,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8125\/revisions\/8126"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8125"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8125"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8125"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8125"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}