{"id":8131,"date":"2026-03-04T08:35:45","date_gmt":"2026-03-04T08:35:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8131"},"modified":"2026-03-04T08:35:45","modified_gmt":"2026-03-04T08:35:45","slug":"ruu-had-10-tahun-pm-akan-dibentang-semula-pada-jun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-had-10-tahun-pm-akan-dibentang-semula-pada-jun-ini\/","title":{"rendered":"RUU had 10 tahun PM akan dibentang semula pada Jun ini"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun pada sidang Dewan Rakyat Jun ini.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini.<\/p>\n<p>\u201cJemaah Menteri membuat keputusan supaya RUU ini dibawa semula pada sidang akan datang sekitar Jun.<\/p>\n<p>\u201cKita akan pastikan Ahli Parlimen kerajaan hadir dan beri sokongan penuh untuk meluluskan pindaan penting ini,\u201d katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Dewan Rakyat tidak meluluskan pindaan tersebut selepas gagal memperoleh majoriti dua pertiga.<\/p>\n<p>Daripada undian belah bahagian yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, seramai 146 Ahli Parlimen menyokong, manakala 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.<\/p>\n<p>Pindaan itu bertujuan mengehadkan tempoh seseorang Perdana Menteri memegang jawatan kepada 10 tahun, sebagai langkah memperkukuh semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara.<\/p>\n<p>Cadangan itu sebelum ini dilihat sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang dibawa kerajaan.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, Jemaah Menteri turut menerima taklimat daripada Ketua Whip kerajaan, Fadillah Yusof, berhubung lapan Ahli Parlimen kerajaan yang tidak berada dalam dewan ketika undian dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cDi pihak Pakatan Harapan, kehadiran adalah 100 peratus. Lapan Ahli Parlimen yang tidak hadir sudah dikenal pasti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan dua daripada mereka telah mengemukakan penjelasan bertulis kepada Ketua Whip, manakala enam lagi masih dinantikan.<\/p>\n<p>Fahmi turut menjelaskan terdapat salah faham dalam kalangan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang menyangka undian tersebut bertujuan memberi tempoh 10 tahun kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cTegasnya, pindaan ini bukan untuk mana-mana individu. Ia bagi memastikan tidak wujud situasi seseorang Perdana Menteri merasakan dirinya boleh berkuasa tanpa had tempoh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan berharap pada sidang akan datang, semua pihak termasuk pembangkang dapat menyokong pindaan berkenaan yang disifatkan tidak bersifat partisan, sebaliknya demi memperkukuh demokrasi dan kestabilan politik negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun pada sidang Dewan Rakyat Jun ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini. \u201cJemaah Menteri membuat keputusan supaya RUU ini dibawa semula [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,947,112,3253,309,18,310],"authors":[],"class_list":["post-8131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-dewan-rakyat","tag-fahmi","tag-had-tempoh-pm","tag-parlimen","tag-pmx","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8131"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8131\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8132,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8131\/revisions\/8132"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8131"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}