{"id":8165,"date":"2026-03-05T11:05:34","date_gmt":"2026-03-05T11:05:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8165"},"modified":"2026-03-05T11:05:34","modified_gmt":"2026-03-05T11:05:34","slug":"peruntukan-kepada-kerajaan-negeri-naik-kepada-rm10-5-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peruntukan-kepada-kerajaan-negeri-naik-kepada-rm10-5-bilion\/","title":{"rendered":"Peruntukan kepada kerajaan negeri naik kepada RM10.5 bilion"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan terus meningkatkan sokongan kewangan kepada kerajaan negeri apabila jumlah pemberian dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini selepas dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026 yang dipengerusikan Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penambahbaikan itu melibatkan beberapa komponen utama termasuk pemberian di bawah senarai bersama, peruntukan penyenggaraan jalan negeri serta agihan hasil cukai pelancongan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata langkah berkenaan sejajar dengan usaha kerajaan memastikan hasil negara diagihkan secara lebih adil kepada semua negeri.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan komited menambah baik pemberian Persekutuan kepada semua kerajaan negeri setiap tahun demi manfaat rakyat tanpa mengira negeri atau wilayah.<\/p>\n<p>\u201cLimpahan hasil negara mesti diagih secara saksama dan berteraskan tadbir urus yang baik,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Penambahan itu juga susulan pelaksanaan kadar baharu pemberian mengikut bilangan orang bermula tahun ini seperti digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan, jumlah pemberian Persekutuan kepada negeri meningkat secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Pada 2022, jumlahnya sekitar RM8.1 bilion sebelum meningkat kepada RM10.3 bilion pada tahun lalu, dan kini dijangka mencecah RM10.5 bilion bagi 2026.<\/p>\n<p>Selain itu, MKewN turut bersetuju menambah baik mekanisme penyaluran dana bagi memastikan kerajaan negeri menerima peruntukan lebih awal bagi program di bawah senarai bersama, sekali gus membantu memperkukuh aliran tunai pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Selain itu, skop pemberian bagi penyenggaraan jalan negeri turut diperluas, ia kini merangkumi perolehan jambatan panel keluli modular atau Bailey Bridge, kerja pembaikan serta pembesaran longkang dan parit di sepanjang jalan negeri.<\/p>\n<p>Langkah itu bertujuan meningkatkan keselamatan serta ketahanan infrastruktur terutama di kawasan luar bandar yang bergantung kepada jaringan jalan negeri.<\/p>\n<p>Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 pula, kerajaan Persekutuan turut bersetuju menyalurkan 100 peratus kutipan cukai pelancongan kepada negeri, berbanding hanya 50 peratus sebelum ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata kerajaan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri tanpa mengambil kira perbezaan politik.<\/p>\n<p>\u201cPenambahbaikan ini penting bagi mempercepat pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur supaya seluruh negara dapat maju secara seimbang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MKewN kali ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengukuhkan pertumbuhan ekonomi di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan terus meningkatkan sokongan kewangan kepada kerajaan negeri apabila jumlah pemberian dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini selepas dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026 yang dipengerusikan Anwar Ibrahim. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penambahbaikan itu melibatkan beberapa komponen utama termasuk pemberian di bawah senarai bersama, peruntukan penyenggaraan jalan negeri serta agihan hasil cukai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8166,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,483,286,287,3365,3366,1121,535,18],"authors":[],"class_list":["post-8165","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-cukai","tag-hasil","tag-kewangan","tag-majlis-kewangan-negara","tag-mkewn","tag-negeri","tag-peruntukan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8165","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8165"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8165\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8167,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8165\/revisions\/8167"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8166"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8165"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8165"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8165"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8165"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}