{"id":8173,"date":"2026-03-06T07:28:55","date_gmt":"2026-03-06T07:28:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8173"},"modified":"2026-03-06T07:28:55","modified_gmt":"2026-03-06T07:28:55","slug":"anwar-kritik-bersih-buat-kesimpulan-tergopoh-gopoh-berkait-isu-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-kritik-bersih-buat-kesimpulan-tergopoh-gopoh-berkait-isu-sprm\/","title":{"rendered":"Anwar kritik Bersih buat kesimpulan tergopoh-gopoh berkait isu SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim membidas kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi alat politik kerajaan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata tuduhan sedemikian tidak adil kerana ia dibuat sebelum laporan rasmi berkaitan diperoleh dan semua pihak sepatutnya menunggu hasil siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau tuduhan.<\/p>\n<p>\u201cPandangan itu hak Bersih, tetapi tidak adil untuk membuat kenyataan yang tidak bersih. Kalau hendak menuduh, tengok laporan dulu, kemudian barulah beri kenyataan,\u201d katanya dipetik laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan membuat tuduhan tanpa menunggu laporan hanya menunjukkan kecenderungan politik pihak tertentu.<\/p>\n<p>\u201cIni belum pun terima laporan tetapi kita sudah menuduh mengikut selera politik. Itulah yang saya maksudkan sebagai selera politik,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan Bersih sebelum ini mengkritik hala tuju SPRM yang didakwa semakin menyimpang daripada mandat asalnya untuk membanteras rasuah.<\/p>\n<p>Gabungan masyarakat sivil itu juga mendakwa suruhanjaya berkenaan kini digunakan sebagai senjata politik kerajaan.<\/p>\n<p>Kritikan tersebut dibuat susulan tindakan SPRM yang dilaporkan sedang mengesan seorang bekas pegawai kepada bekas menteri, dikenali sebagai James Chai.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata kritikan terhadap mana-mana pihak, termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki adalah dibenarkan tetapi perlu dibuat secara adil dan konsisten.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pertahankan sesiapa. Semua orang mahu bersih. Tetapi persoalannya, puluhan bilion yang dicuri sebelum ini mengapa tiada suara?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah banyak kes penyelewengan besar yang telah didedahkan sebelum ini, namun tidak semua pihak bersuara secara lantang mengenainya.<\/p>\n<p>\u201cBoleh kritik sesiapa pun termasuk Azam Baki, tetapi biar konsisten. Yang dicuri dalam negara ini sudah mencecah puluh bilion yang telah terdedah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar memaklumkan masih menunggu laporan siasatan oleh Jawatankuasa Khas berhubung isu pemilikan saham melibatkan Azam.<\/p>\n<p>\u201cItu yang saya tunggu. Dimaklumkan laporan mungkin diperoleh hari ini, tetapi setakat ini saya belum terima lagi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim membidas kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi alat politik kerajaan. Perdana Menteri berkata tuduhan sedemikian tidak adil kerana ia dibuat sebelum laporan rasmi berkaitan diperoleh dan semua pihak sepatutnya menunggu hasil siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau tuduhan. \u201cPandangan itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8108,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,1033,1288,561,18,477,21],"authors":[],"class_list":["post-8173","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-bersih","tag-isu","tag-laporan","tag-pmx","tag-saham","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8173","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8173"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8173\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8174,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8173\/revisions\/8174"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8173"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}