{"id":8183,"date":"2026-03-06T07:51:24","date_gmt":"2026-03-06T07:51:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8183"},"modified":"2026-03-06T07:51:24","modified_gmt":"2026-03-06T07:51:24","slug":"datuk-seri-vida-gagal-batal-penghakiman-ingkar-rm15-5-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/datuk-seri-vida-gagal-batal-penghakiman-ingkar-rm15-5-juta\/","title":{"rendered":"Datuk Seri Vida gagal batal penghakiman ingkar RM15.5 juta"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan syarikat milik usahawan kosmetik terkenal, Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, untuk mengetepikan penghakiman ingkar berjumlah RM15.5 juta berkaitan kemudahan pembiayaan daripada Maybank Islamic Berhad.<\/p>\n<p>Hakim Norsharidah Awang dalam alasan penghakiman bertarikh 4 Mac memutuskan bantahan dikemukakan oleh syarikat Vida Beauty Sdn Bhd tidak mencukupi untuk menafikan hak statutori bank bagi mendapatkan perintah jualan terhadap hartanah yang digadaikan sebagai cagaran.<\/p>\n<p>Menurut beliau, mahkamah juga membenarkan permohonan bank berkenaan untuk menjual beberapa hartanah yang dijadikan sekuriti bagi kemudahan pembiayaan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, mahkamah berpuas hati bahawa kemungkiran telah dibuktikan dan semua prasyarat undang-undang telah dipenuhi.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, hak plaintif untuk memohon perintah jualan adalah lengkap dan boleh dikuatkuasakan,\u201d katanya dalam penghakiman itu.<\/p>\n<p>Mahkamah sebelum ini dimaklumkan syarikat berkenaan gagal menjelaskan bayaran ansuran di bawah kemudahan Commodity Murabahah Term Financing-i bernilai RM4.886 juta.<\/p>\n<p>Kegagalan itu menyebabkan jumlah hutang meningkat kepada RM8.45 juta setakat 30 September 2022, termasuk caj lewat bayar dan keuntungan terakru.<\/p>\n<p>Pihak bank juga telah mengeluarkan notis tuntutan pada Oktober 2022 diikuti Notis Borang 16D pada Jun 2023, namun syarikat berkenaan tidak mematuhi tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Selain kemudahan pembiayaan tersebut, satu lagi kemudahan yang turut dijamin melalui gadaian hartanah dilaporkan masih belum dilunaskan dengan jumlah hutang melebihi RM7 juta.<\/p>\n<p>Dalam prosiding mahkamah, pihak defendan berhujah tindakan bank tidak teratur kerana afidavit sokongan difailkan lebih sebulan selepas saman pemula dikemukakan.<\/p>\n<p>Mereka turut mempertikaikan jumlah hutang yang dituntut serta memaklumkan terdapat permohonan lain untuk mengetepikan penghakiman ingkar dalam tindakan sivil berkaitan.<\/p>\n<p>Namun mahkamah memutuskan kelewatan memfailkan afidavit tidak menjadikan prosiding tidak sah. Hakim menegaskan tiada bukti bahawa kelewatan itu menjejaskan peluang defendan untuk mengemukakan pembelaan.<\/p>\n<p>\u201cPertikaian jumlah hutang juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang perintah jualan kerana ia telah dipersetujui dalam kontrak pembiayaan,\u201d kata hakim.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan bank dalam kedua-dua kes dan mengeluarkan perintah jualan terhadap hartanah yang digadaikan. Defendan turut diarahkan membayar kos RM5,000 bagi setiap kes kepada pihak plaintif.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Vida terkenal sebagai usahawan kosmetik dan personaliti media sosial yang membangunkan empayar perniagaan produk kecantikan tempatan sejak lebih sedekad lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan syarikat milik usahawan kosmetik terkenal, Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, untuk mengetepikan penghakiman ingkar berjumlah RM15.5 juta berkaitan kemudahan pembiayaan daripada Maybank Islamic Berhad. Hakim Norsharidah Awang dalam alasan penghakiman bertarikh 4 Mac memutuskan bantahan dikemukakan oleh syarikat Vida Beauty Sdn Bhd tidak mencukupi untuk menafikan hak statutori bank [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8184,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3370,155,314,3024,58,2758,807],"authors":[],"class_list":["post-8183","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-datuk-seri-vida","tag-hutang","tag-kes","tag-lelong","tag-mahkamah","tag-maybank","tag-perniagaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8183","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8183"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8183\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8185,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8183\/revisions\/8185"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8184"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8183"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8183"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8183"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8183"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}