{"id":8199,"date":"2026-03-07T09:15:20","date_gmt":"2026-03-07T09:15:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8199"},"modified":"2026-03-07T09:15:20","modified_gmt":"2026-03-07T09:15:20","slug":"anwar-ziarah-mursyidul-am-pas-di-hospital-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-ziarah-mursyidul-am-pas-di-hospital-pulau-pinang\/","title":{"rendered":"Anwar ziarah Mursyidul Am PAS di Hospital Pulau Pinang"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, pagi tadi.<\/p>\n<p>Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja di Pulau Pinang dan Kedah mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan terkini Hashim yang baharu sahaja menjalani pembedahan baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cPagi ini saya ke utara tanah air untuk lawatan kerja di Pulau Pinang dan Kedah.<\/p>\n<p>\u201cSebelum meneruskan jadual, saya singgah ke Hospital Pulau Pinang untuk menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan keadaan Hashim kini semakin baik dan sempat berbual panjang ketika kunjungan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, beliau dalam keadaan baik dan kami sempat berbicara panjang.<\/p>\n<p>\u201cSaya turut menyampaikan salam Azizah kepada beliau dan keluarga serta mendoakan kesihatan dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Selain menziarahi Hashim, Anwar turut melawat seorang jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia yang dirawat di hospital sama selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat menghargai pengorbanan petugas kesihatan yang begitu besar jasanya dalam menjaga dan berkhidmat kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum meninggalkan hospital, Anwar turut mendapatkan taklimat mengenai perkembangan projek menaik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang bagi memastikan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berjalan lancar.<\/p>\n<p>Pada 5 Mac lalu, anak sulung Hashim, Dr Nabilah Hashim memaklumkan keadaan bapanya yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mula membuka mata dan bercakap.<\/p>\n<p>Menurutnya, Hashim bukan sahaja mampu berbual malah sempat menyampaikan tazkirah ringkas serta menyatakan keinginan untuk menikmati beberapa jenis makanan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, beliau menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar sejak 9 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan pakar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, pagi tadi. Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja di Pulau Pinang dan Kedah mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan terkini Hashim yang baharu sahaja menjalani pembedahan baru-baru ini. \u201cPagi ini saya ke utara tanah air untuk lawatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8200,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1682,1283,3265,3373,18,67,589],"authors":[],"class_list":["post-8199","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-hashim-jasin","tag-hospital","tag-icu","tag-mursyidul-am-pas","tag-pmx","tag-pulau-pinang","tag-rawatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8199","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8199"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8199\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8201,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8199\/revisions\/8201"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8200"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8199"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8199"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8199"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8199"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}