{"id":8202,"date":"2026-03-07T09:18:46","date_gmt":"2026-03-07T09:18:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8202"},"modified":"2026-03-07T09:18:46","modified_gmt":"2026-03-07T09:18:46","slug":"anwar-gesa-siap-sedia-hadapi-ketidaktentuan-ekonomi-ekoran-krisis-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-gesa-siap-sedia-hadapi-ketidaktentuan-ekonomi-ekoran-krisis-global\/","title":{"rendered":"Anwar gesa siap sedia hadapi ketidaktentuan ekonomi ekoran krisis global"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya mengurus kewangan dengan lebih berhemah dan mengelakkan pembaziran susulan ketidaktentuan ekonomi global yang berpunca daripada konflik antarabangsa.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, ketegangan yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia, termasuk kenaikan harga barangan dan tenaga.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun keadaan di negara kita masih terkawal, kerajaan bertanggungjawab mengingatkan rakyat supaya berjimat cermat dan menyimpan. Dalam bulan puasa dan musim raya ini, jangan berbelanja berlebihan,\u201d katanya ketika merasmikan Masjid Mengkuang Titi di Permatang Pauh, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata konflik geopolitik yang melibatkan banyak negara boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global.<\/p>\n<p>Menurutnya, apabila peperangan berlaku, bukan sahaja negara terlibat terkesan, malah puluhan negara lain turut menerima tempias melalui kenaikan harga barang dan gangguan bekalan.<\/p>\n<p>\u201cDalam peperangan pun puluhan negara terkesan. Harga barang boleh meningkat mendadak.<\/p>\n<p>\u201cJadi sementara keadaan masih baik, kita perlu pandai mengurus ekonomi dan bersedia menghadapi kemungkinan kegawatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kerajaan kini berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun tekanan global terhadap harga tenaga semakin meningkat.<\/p>\n<p>\u201cSekarang harga minyak dunia melonjak hampir dua kali ganda. Saya sedang berusaha mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter, tetapi kita tidak tahu berapa lama boleh bertahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, antara punca tekanan terhadap harga minyak adalah gangguan penghantaran di Selat Hormuz, laluan perkapalan penting di Timur Tengah yang menghubungkan perdagangan minyak dan gas dunia.<\/p>\n<p>Selat sempit yang terletak di antara Iran dan Oman itu merupakan salah satu laluan paling penting bagi penghantaran minyak dan gas global.<\/p>\n<p>Ketegangan di kawasan berkenaan menyebabkan banyak kapal tangki minyak dan gas tidak dapat bergerak seperti biasa.<\/p>\n<p>Anwar berkata gangguan rantaian bekalan juga menyebabkan kos makanan, baja serta barangan import dari rantau seperti Ukraine, Russia dan negara-negara Eropah meningkat dengan ketara.<\/p>\n<p>\u201cJika berlaku kegawatan besar, ia bukan mudah untuk diselesaikan. Sebab itu rakyat perlu sedar dan sama-sama membantu dengan mengurus perbelanjaan secara bijak,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya mengurus kewangan dengan lebih berhemah dan mengelakkan pembaziran susulan ketidaktentuan ekonomi global yang berpunca daripada konflik antarabangsa. Menurut Perdana Menteri, ketegangan yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia, termasuk kenaikan harga barangan dan tenaga. \u201cWalaupun keadaan di negara kita masih terkawal, kerajaan bertanggungjawab mengingatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7632,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,637,68,582,585,583,18],"authors":[],"class_list":["post-8202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asia-barat","tag-ekonomi","tag-iran","tag-krisis","tag-perang","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8203,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8202\/revisions\/8203"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7632"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8202"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}