{"id":8205,"date":"2026-03-07T09:26:13","date_gmt":"2026-03-07T09:26:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8205"},"modified":"2026-03-07T09:26:13","modified_gmt":"2026-03-07T09:26:13","slug":"insentif-rm1000-untuk-petugas-nadi-sempena-aidilfitri-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/insentif-rm1000-untuk-petugas-nadi-sempena-aidilfitri-fahmi\/","title":{"rendered":"Insentif RM1,000 untuk petugas NADI sempena Aidilfitri: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan pemberian insentif khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 2,196 Pengurus dan Penolong Pengurus di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam membantu komuniti.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sumbangan sekali beri itu merupakan yang pertama kali diberikan kepada petugas NADI, yang selama ini tidak pernah menerima insentif khas sempena Aidilfitri atau mana-mana perayaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata golongan berkenaan memainkan peranan besar dalam membantu masyarakat setempat, khususnya dalam aspek digital, pendidikan dan keusahawanan.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini mereka tidak pernah menerima apa-apa sempena Aidilfitri ataupun festival lain. Jadi saya rasa penting untuk kita menghargai mereka yang bekerja enam hari seminggu untuk komuniti,\u201d katanya selepas merasmikan Bazar Raya NADI di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi di ibu negara hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, petugas NADI bukan sahaja menguruskan operasi pusat berkenaan, malah sering menjadi rujukan kepada penduduk setempat.<\/p>\n<p>\u201cMereka ini kadang-kadang menjadi pengasuh kepada anak-anak di komuniti NADI, pada masa sama menjadi cikgu dan rujukan kepada usahawan, selain menjalankan pelbagai khidmat komuniti di premis NADI,\u201d katanya.<\/p>\n<p>NADI diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memperluas akses digital dan meningkatkan literasi teknologi dalam kalangan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dan komuniti berpendapatan rendah.<\/p>\n<p>Sehingga kini, terdapat 1,098 pusat NADI yang beroperasi di seluruh negara, menyediakan pelbagai program termasuk latihan kemahiran digital, sokongan kepada usahawan kecil serta aktiviti komuniti.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata semua pusat NADI akan menganjurkan Bazar Raya secara serentak pada 14 Mac ini bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di peringkat komuniti.<\/p>\n<p>Katanya, bazar tersebut turut melibatkan penyertaan beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Lembaga Pertubuhan Peladang.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah membuka peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka dan seterusnya merancakkan ekonomi komuniti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan pemberian insentif khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 2,196 Pengurus dan Penolong Pengurus di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam membantu komuniti. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sumbangan sekali beri itu merupakan yang pertama kali diberikan kepada petugas NADI, yang selama ini tidak pernah menerima [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3374,49,1301,690,285,16,15,3375],"authors":[],"class_list":["post-8205","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aidilfitri","tag-fahmi-fadzil","tag-insentif","tag-kementerian-komunikasi","tag-madani","tag-mcmc","tag-nadi","tag-ramadhan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8205","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8205"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8205\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8206,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8205\/revisions\/8206"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8205"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8205"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8205"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8205"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}