{"id":8218,"date":"2026-03-08T08:06:00","date_gmt":"2026-03-08T08:06:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8218"},"modified":"2026-03-08T08:06:00","modified_gmt":"2026-03-08T08:06:00","slug":"permohonan-pendidikan-percuma-ipta-masih-dibuka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/permohonan-pendidikan-percuma-ipta-masih-dibuka\/","title":{"rendered":"Permohonan pendidikan percuma IPTA masih dibuka"},"content":{"rendered":"<p>Permohonan bagi inisiatif pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih dibuka dan setakat ini belum mencapai kuota ditetapkan.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, jumlah permohonan dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, khususnya selepas pembukaan pengambilan baharu kemasukan diploma dan ijazah melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU) sekitar April dan Mei.<\/p>\n<p>\u201cPermohonan masih dibuka dan kita jangka lebih ramai pelajar akan memohon selepas keputusan kemasukan baharu IPTA diumumkan nanti,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut beliau, setiap permohonan akan melalui proses semakan silang bersama beberapa agensi bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak menerima manfaat tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita akan buat semakan silang dengan pelbagai agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan eKasih serta badan lain yang turut menawarkan penajaan. Dalam amalan biasa, seorang pelajar hanya boleh menerima satu bentuk penajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Adam Adli menjelaskan, inisiatif tersebut berfungsi hampir sama seperti pinjaman PTPTN, namun penerima tidak perlu membuat bayaran semula selepas menamatkan pengajian.<\/p>\n<p>Pada peringkat awal, program berkenaan melibatkan 5,800 pelajar dengan peruntukan kira-kira RM120 juta setahun, iaitu sekitar RM20,000 bagi setiap pelajar.<\/p>\n<p>Kerajaan kemudiannya meningkatkan jumlah penerima kepada 10,000 pelajar bagi memberi peluang lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini bertujuan memastikan anak-anak daripada keluarga miskin mempunyai peluang melanjutkan pengajian tanpa perlu risau tentang beban hutang selepas tamat belajar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peluasan pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 10,000 pelajar IPTA bermula tahun ini.<\/p>\n<p>Program tersebut memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga miskin dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,705 sebulan, selaras dengan usaha kerajaan memperluas akses pendidikan tinggi dan mengurangkan jurang sosioekonomi dalam kalangan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Permohonan bagi inisiatif pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih dibuka dan setakat ini belum mencapai kuota ditetapkan. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, jumlah permohonan dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[165,1651,973,2025,498],"authors":[],"class_list":["post-8218","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adam-adli","tag-kpt","tag-pendidikan","tag-ptptn","tag-universiti"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8218","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8218"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8218\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8219,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8218\/revisions\/8219"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8218"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8218"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8218"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8218"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}