{"id":8222,"date":"2026-03-08T08:19:14","date_gmt":"2026-03-08T08:19:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8222"},"modified":"2026-03-08T08:19:14","modified_gmt":"2026-03-08T08:19:14","slug":"khaled-ajak-bekas-ahli-kembali-ke-umno-sahut-seruan-zahid-pemimpin-ulung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/khaled-ajak-bekas-ahli-kembali-ke-umno-sahut-seruan-zahid-pemimpin-ulung\/","title":{"rendered":"Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung"},"content":{"rendered":"<p>UMNO menggesa bekas ahlinya yang pernah meninggalkan parti itu supaya kembali menyertai semula perjuangan demi memperkukuh perpaduan orang Melayu.<\/p>\n<p>Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata seruan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi agar pintu UMNO dibuka kepada bekas ahli wajar disambut dengan sikap terbuka oleh seluruh kepimpinan dan akar umbi parti.<\/p>\n<p>Menurut beliau, UMNO bukan sekadar parti politik, sebaliknya sebuah wadah yang sejak awal penubuhannya berperanan melindungi, memajukan dan menyatukan orang Melayu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO adalah \u2018Rumah Besar\u2019 untuk bangsa Melayu. Ia bukan milik individu tertentu, tetapi rumah bersama yang dibina untuk melindungi dan memajukan orang Melayu,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, seperti sebuah keluarga besar, perbezaan pendapat dan perselisihan adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi.<\/p>\n<p>\u201cBumi mana tidak ditimpa hujan, langit mana yang tidak menyaksikan awan mendung. Perselisihan itu lumrah, tetapi ia tidak seharusnya menjadikan rumah ini dimusuhi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Khaled menegaskan, ramai pemimpin dan ahli UMNO pernah membesar serta mendapat pengalaman politik dalam parti tersebut yang menjadi tempat mereka belajar dan berkhidmat kepada masyarakat.<\/p>\n<p>UMNO memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan negara serta pembentukan kerajaan Malaysia selepas merdeka.<\/p>\n<p>Parti itu juga pernah menjadi tonggak utama dalam gabungan Barisan Nasional yang memerintah negara selama beberapa dekad.<\/p>\n<p>Menurut Khaled, hubungan UMNO dengan orang Melayu sangat mendalam kerana parti itu menjadi penghubung antara era penjajahan dan kemerdekaan serta memainkan peranan besar dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat Melayu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO pernah mengangkat bangsa ini daripada kemiskinan kepada kehidupan yang lebih sejahtera serta memartabatkan Islam sebagai agama yang progresif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berharap bekas ahli yang pernah meninggalkan parti dapat mempertimbangkan untuk kembali bersama UMNO.<\/p>\n<p>\u201cRumah ini masih kukuh. Kami yang masih di sini sentiasa mengingati kenangan sebagai sebuah keluarga besar,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO menggesa bekas ahlinya yang pernah meninggalkan parti itu supaya kembali menyertai semula perjuangan demi memperkukuh perpaduan orang Melayu. Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata seruan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi agar pintu UMNO dibuka kepada bekas ahli wajar disambut dengan sikap terbuka oleh seluruh kepimpinan dan akar umbi parti. Menurut beliau, UMNO bukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3038,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[401,461,2829,2995,146],"authors":[],"class_list":["post-8222","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-khaled-nordin","tag-orang-melayu","tag-penyatuan","tag-rumah-bangsa","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8222","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8222"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8222\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8223,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8222\/revisions\/8223"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8222"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8222"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8222"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8222"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}