{"id":8235,"date":"2026-03-09T06:00:01","date_gmt":"2026-03-09T06:00:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8235"},"modified":"2026-03-09T06:00:01","modified_gmt":"2026-03-09T06:00:01","slug":"bayaran-str-fasa-2-diawalkan-bantu-persiapan-aidilfitri-rakyat-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bayaran-str-fasa-2-diawalkan-bantu-persiapan-aidilfitri-rakyat-pmx\/","title":{"rendered":"Bayaran STR Fasa 2 diawalkan, bantu persiapan Aidilfitri rakyat: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan lebih awal bermula 10 Mac bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut minggu hadapan.<\/p>\n<p>Perdana Menter Anwar Ibrahim berkata, keputusan mempercepatkan pembayaran itu dibuat supaya penerima dapat menikmati bantuan kewangan lebih awal ketika kos persiapan perayaan meningkat.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita awalkan kepada 10 Mac 2026, saudara akan dapat dalam akaun STR Fasa 2,\u201d katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat bermula tarikh berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion kepada kira-kira lima juta penerima di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cYang peringkat pertama diawalkan mulai 10 Mac membabitkan RM1.3 bilion untuk lima juta penerima STR supaya dapat dinikmati menjelang Aidilfitri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>STR merupakan antara inisiatif bantuan tunai utama kerajaan yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Program itu diteruskan setiap tahun dengan beberapa fasa pembayaran kepada penerima yang layak.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak. Bayaran itu akan disalurkan pada 13 Mac.<\/p>\n<p>Beliau berkata pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, turut menerima bantuan sebanyak RM250 pada tarikh sama.<\/p>\n<p>Kerajaan juga tidak melupakan golongan yang terlibat dalam pengurusan masjid dan pendidikan agama. Menurut Anwar, seramai kira-kira 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan takmir akan menerima Bantuan Khas Kewangan Imam sebanyak RM500 pada 13 Mac.<\/p>\n<p>Selain itu, kerajaan turut memperluas subsidi tiket penerbangan FLYsiswa kepada lebih banyak institusi pengajian tinggi.<\/p>\n<p>Subsidi bernilai RM400 bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak itu dijangka memanfaatkan lebih 50,000 pelajar pada 2026 berbanding kira-kira 44,000 pelajar tahun lalu.<\/p>\n<p>Program ini bertujuan mengurangkan beban kos perjalanan pelajar, khususnya mereka yang perlu pulang ke kampung halaman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan lebih awal bermula 10 Mac bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut minggu hadapan. Perdana Menter Anwar Ibrahim berkata, keputusan mempercepatkan pembayaran itu dibuat supaya penerima dapat menikmati bantuan kewangan lebih awal ketika kos persiapan perayaan meningkat. \u201cJadi kita awalkan kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3374,13,944,3382,18,324,946,1003],"authors":[],"class_list":["post-8235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aidilfitri","tag-anwar","tag-bantuan","tag-bkk","tag-pmx","tag-raya","tag-str","tag-tunai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8236,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8235\/revisions\/8236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8235"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}