{"id":8259,"date":"2026-03-10T06:02:27","date_gmt":"2026-03-10T06:02:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8259"},"modified":"2026-03-10T06:02:27","modified_gmt":"2026-03-10T06:02:27","slug":"lembaga-disiplin-jpa-teliti-laporan-isu-saham-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lembaga-disiplin-jpa-teliti-laporan-isu-saham-azam-baki\/","title":{"rendered":"Lembaga disiplin JPA teliti laporan isu saham Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka bermesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti laporan siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata sudah menerima laporan daripada Jawatankuasa Khas Siasatan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan sudah diserahkan kepada JPA untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke mesyuarat lembaga disiplin.<\/p>\n<p>\u201cSaya dah terima laporan itu dan sudah panjangkan kepada JPA.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat lembaga disiplin akan diadakan dalam masa terdekat untuk menelitinya,\u201d katanya selepas menghadiri satu majlis di Putrajaya.<\/p>\n<p>Isu berkenaan timbul selepas laporan oleh Bloomberg yang mendakwa Azam memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan dokumen pemfailan korporat.<\/p>\n<p>Dakwaan itu mencetuskan perdebatan awam mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam kanan serta kemungkinan konflik kepentingan.<\/p>\n<p>Kerajaan kemudian menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat semua dakwaan dan isu yang dibangkitkan terhadap Azam.<\/p>\n<p>Dalam penjelasan sebelum ini, Azam menegaskan pegangan saham miliknya bernilai kira-kira RM800,000 dalam syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus serta mengikut prosedur yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah membuat pengisytiharan yang sewajarnya dan segala urusan dilakukan mengikut peraturan,\u201d katanya pada sidang media sebelum ini.<\/p>\n<p>Shamsul Azri turut memaklumkan perkembangan berkaitan isu berkenaan dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Sementara itu, pada majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan 6,000 bubur lambuk kepada beberapa kementerian dan agensi kerajaan sempena Ramadan.<\/p>\n<p>Turut diadakan penyerahan fasa pertama sebanyak 40 kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi memperkukuh operasi penyelamatan, khususnya di kawasan mencabar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka bermesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti laporan siasatan berkaitan isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata sudah menerima laporan daripada Jawatankuasa Khas Siasatan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan sudah diserahkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,3191,3210,689,561,691,21],"authors":[],"class_list":["post-8259","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-isu-saham","tag-jawatankuasa","tag-ksn","tag-laporan","tag-shamsul-azri-abu-bakar","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8259","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8259"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8259\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8260,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8259\/revisions\/8260"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8259"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8259"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8259"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8259"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}