{"id":8267,"date":"2026-03-10T06:21:35","date_gmt":"2026-03-10T06:21:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8267"},"modified":"2026-03-10T06:21:35","modified_gmt":"2026-03-10T06:21:35","slug":"penjawat-awam-rugi-rm342400-terperdaya-phone-scam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penjawat-awam-rugi-rm342400-terperdaya-phone-scam\/","title":{"rendered":"Penjawat awam rugi RM342,400 terperdaya phone scam"},"content":{"rendered":"<p>Seorang penjawat awam kerugian hampir RM350,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.<\/p>\n<p>Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, mangsa lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan selepas menyedari wang simpanannya berkurangan sebanyak RM342,400 akibat dipindahkan secara berperingkat tanpa pengetahuannya.<\/p>\n<p>Menurutnya, kejadian bermula pada Disember 2024 apabila mangsa menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen insurans berhubung tuntutan perubatan yang kononnya dibuat atas nama mangsa.<\/p>\n<p>\u201cPanggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan mangsa mempunyai waran tangkap berkaitan kes pengubahan wang haram serta rasuah,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Yahaya berkata, mangsa kemudiannya dihubungi seorang lagi suspek yang menyamar sebagai timbalan pendakwa raya dan menawarkan jalan penyelesaian dengan syarat mangsa membayar wang ikat jamin sebanyak RM320,000.<\/p>\n<p>Bagi memenuhi arahan itu, mangsa membuat pinjaman peribadi daripada sebuah bank tempatan pada hujung 2024 selain mengikuti semua arahan suspek termasuk membuka kad bank baharu serta mengemas kini nombor telefon kononnya bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Sepanjang tempoh 2024 hingga 2025, mangsa terus menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai pihak berkuasa dan diarahkan supaya tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa kerana kononnya siasatan dijalankan secara sulit.<\/p>\n<p>\u201cMangsa mempercayai semua arahan tersebut kerana menyangka individu terbabit benar-benar pegawai pihak berkuasa yang mengendalikan kesnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Namun pada Januari lalu, mangsa menerima surat daripada sebuah firma guaman yang memintanya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung notis kebankrapan, sekali gus menimbulkan kecurigaan.<\/p>\n<p>Selepas membuat semakan akaun bank awal bulan ini, mangsa mendapati sejumlah RM342,400 telah dipindahkan keluar tanpa pengetahuannya. Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal sebelum menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.<\/p>\n<p>Phone scam merupakan antara modus operandi jenayah komersial yang sering dilaporkan di negara ini, di mana suspek menyamar sebagai pegawai pihak berkuasa bagi menakutkan mangsa supaya memindahkan wang.<\/p>\n<p>Yahaya menasihati orang ramai supaya membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan sekiranya menerima panggilan mencurigakan.<\/p>\n<p>\u201cOrang ramai juga digalakkan menyemak nombor akaun melalui portal Semak Mule sebelum membuat transaksi serta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 jika mengesyaki menjadi mangsa penipuan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang penjawat awam kerugian hampir RM350,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya. Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, mangsa lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan selepas menyedari wang simpanannya berkurangan sebanyak RM342,400 akibat dipindahkan secara berperingkat tanpa pengetahuannya. Menurutnya, kejadian bermula pada Disember [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4690,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[16,972,43,1008,34,3391],"authors":[],"class_list":["post-8267","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-mcmc","tag-pahang","tag-pdrm","tag-penipuan","tag-scam","tag-yahaya-othman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8267","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8267"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8267\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8268,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8267\/revisions\/8268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8267"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}