{"id":8277,"date":"2026-03-10T22:11:00","date_gmt":"2026-03-10T22:11:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=8277"},"modified":"2026-03-10T22:11:00","modified_gmt":"2026-03-10T22:11:00","slug":"rumah-bangsa-umno-terima-respons-positif-mat-maslan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rumah-bangsa-umno-terima-respons-positif-mat-maslan\/","title":{"rendered":"Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan"},"content":{"rendered":"<p>Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh UMNO mula mendapat maklum balas positif daripada beberapa tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti itu, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, minggu lalu bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif berkenaan.<\/p>\n<p>Ahmad yang turut menganggotai jawatankuasa itu berkata, mesyuarat berkenaan juga memutuskan supaya Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keterbukaan parti untuk menerima semula bekas ahli yang pernah digantung keahlian, dipecat atau meninggalkan parti sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cPresiden UMNO telah membuat kenyataan media menyatakan keterbukaan parti melalui inisiatif Rumah Bangsa untuk menjemput mereka kembali bersama parti, selain mengajak mereka yang belum menjadi ahli supaya menyertai perjuangan demi agama, bangsa dan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penelitian awal jawatankuasa mendapati beberapa tokoh politik telah menyatakan sokongan terhadap gagasan tersebut, walaupun terdapat segelintir pihak yang meletakkan syarat tertentu sebelum mempertimbangkan untuk kembali bersama parti melalui inisiatif itu.<\/p>\n<p>Katanya, jawatankuasa yang dianggotai 10 ahli itu juga diberi tanggungjawab untuk mendekati beberapa bekas pemimpin utama yang dikenali ramai bagi mengadakan pertemuan serta perbincangan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai idea Rumah Bangsa.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini dilihat sebagai wadah penyatuan untuk mengukuhkan perjuangan orang Melayu melalui UMNO,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad menegaskan bahawa penerimaan terhadap gagasan tersebut secara keseluruhan adalah positif walaupun proses perbincangan masih berjalan.<\/p>\n<p>\u201cPenerimaan terhadap gagasan ini secara keseluruhan adalah positif. Kita tidak memaksa sesiapa, tetapi sebagaimana ditugaskan oleh Presiden UMNO, kita akan terus berusaha bertemu dan berbincang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan setakat ini jawatankuasa berkenaan telah menerima beberapa permohonan daripada tokoh dan bekas pemimpin UMNO yang berminat untuk menyertai inisiatif Rumah Bangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh UMNO mula mendapat maklum balas positif daripada beberapa tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti itu, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahmad Maslan. Menurut beliau, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, minggu lalu bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1128,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[354,147,10,276,2995,146],"authors":[],"class_list":["post-8277","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-maslan","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-melayu","tag-pecat","tag-rumah-bangsa","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8277","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=8277"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8277\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8278,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/8277\/revisions\/8278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=8277"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=8277"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=8277"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=8277"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}